Perempuan perlu lebih tidur atau lelaki? Jawapannya ialah perempuan. Tapi sebab apa? Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata, otak perempuan memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.
Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati, perempuan yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah.
Ramai di antara kita mengalami susah tidur kerana kepenatan di siang hari. Ada segelintir orang senang tidur apabila badan terlalu letih, namun ada juga yang mengalami susah tidur kerana mengalami sakit badan kerana terlalu letih bekerja di siang hari.
Namun, keadaan tersebut tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur.
Perempuan perlu lebih tidur
Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah perempuan yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.
Tambahnya lagi, perempuan memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas.
“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.
So, untuk para suami, kalau si isteri tu tidur tak ingat dunia janganlah marah. Kena la faham situasi mereka juga.
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget