Suami Miang Antara Kunci Kebahagiaan Rumahtangga


Perkataan ‘miang’ itu sering ditujukan kepada mereka yang suka berlagak manja atau dalam kata lain juga ialah mengada-ngada. Namun ada sesetengah orang mengatakan bahawa ada kebaikkan juga perwatakkan miang ini.

Jika anda ingin tahu, sebenarnya memiliki suami yang sikapnya sedikit miang, boleh membuatkan hubungan suami isteri itu lebih erat dan bahagia. Mungkin kedengaran sangat lucu, namun ada kebenarannya

Suami miang yang dimaksudkan ialah perbuatan suka berjenaka, gemar mengenyit mata, memberi flying kiss yang hanya dilakukan kepada isteri tercinta akan membuatkan hubungan suami isteri lebih menarik dan tidak hambar. Bukan miang yang sengaja cari nahas.

Suami yang lucu tidak mudah buat isteri rasa bosan


Jika kehidupan rumahtangga serius sahaja 24 jam, boleh mendatangkan kemurungan juga kan? Dalam kehidupan seharian memerlukan gelak tawa dan gurauan. 

Lelaki yang romantik dan miang selalunya seorang yang lucu dan sangat menyenangkan. Cuba bayangkan jika suami anda seorang lelaki yang garang dan serius saja, pasti hidup anda rasa sunyi dan suram.

Pujuk isteri cara miang

Wanita sememangnya sinonim dengan sifat manjanya yang suka merajuk, jika suaminya seorang yang ‘miang’ dan pandai mengambil hati, rasanya isteri mana yang boleh merajuk lama-lama kan?

Kalau isteri anda merajuk, anda boleh cuba cara ini

Jika isteri anda sedang bermasam muka, cuba anda peluk dia dari belakang, cim pipinya dan bisikkan ‘sorry sayang, i love you’ pasti akan terukir senyuman dibibirnya yang mencuka tadi. Allah telah cipta satu hormon yang dirembeskan oleh pituitary gland ke dalam darah dengan cepat iaitu hormon oxytocin untuk bagi seseorang tenang apabila dipeluk.

Wanita ini mungkin suka merajuk dan suka mencari perhatian suaminya. Jika dia merajuk, anda harus memujuknya, jangan pula biarkan dia memujuk hatinya sendiri. Nanti dia akan anggap anda sudah tidak sayang dan tidak lagi memerlukannya dalam hidup anda.


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post