Ya Allah Abam Sangat Baik. Mak Akan Jaga Anak Abam Sampai Akhir Hayat..


“Mak dah maafkan abam. Dah tiada dosa Abam pun dengan mak..

Sepatutnya mak yang pergi dulu dan bukan Abam, bangunlah..tak kesian ke kat mak” Itu yang pertama sekali keluar dari mulut ibu kepada allahyarham Abam, Sabariah Arshad, 63, sambil menangis setelah pergi secara mengejut pagi semalam (Isnin).

Sabariah yang ditemui berkata, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, anak yang sangat baik dan paling rapat dengannya dan dilihat tidak berhenti menangis mengenangkan anak keduanya dijemput Ilahi secara tiba-tiba.


Macam tak percaya cepatnya Abam pergi..

Apa yang lebih menyedihkan, sebaik mengetahui Abam sudah tiada, Sabariah menggoncang tubuh anaknya berulang kali namun anaknya disahkan sudah tidak bernyawa.

Jelasnya lagi kali terakhir dia berjumpa Abam dua hari lalu yang ketika itu mengadu tidak ada selera makan.


Menurut Sabariah, sebaik mengetahui Abam sudah tiada, berulang kali saya memegang pipinya supaya jangan tinggalkan saya, kasihankan saya. Macam tak percaya..

“Kehilangan Abam sangat terkesan dan dirasai kerana dia seorang yang baik dan sangat menghormati orang tua.


“Dia selalu ingatkan saya untuk makan ubat, kalau saya sakit dia yang akan susah hati. Abam memang anak yang baik, memang tak boleh lawan kebaikan dia, Ya Allah dia sangat baik,” katanya.

Beli kereta besar untuk mak

Katanya, walaupun sudah berkahwin Abam membelikan Sabariah sebuah kereta besar untuk kegunaan ibunya itu hasil wang kemenangan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega.

“Tetapi apa guna saya ada kereta ini kerana tuannya pun sudah tiada. Pastinya saya akan rindu dengan Abam, kami sangat kamceng (rapat) sebelum dan selepas namanya popular,” katanya.

Katanya, pemergian Abam dalam keadaan mengejutkan membuatkan dia terkesima dan sukar percaya.

“Saya susah nak percaya pada mulanya, sebab itu saya goyang badan dia supaya bangun berulang kali namun doktor sudah mengesahkan Abam sudah tiada jam 7.15 pagi.

“Sebagai ibu, apa pilihan saya ada selain reda dan mendoakan yang baik-baik untuk arwah anak saya,” katanya.


Pesan supaya jaga anaknya dengan baik

Sementara itu, menurut Sabariah lagi, Allahyarham Abam tidak menunjukkan petanda pelik, sebaliknya hanya berpesan supaya menjaga anaknya dengan baik.

“Saya tidak sedar pesanan arwah membawa petanda dia akan pergi selama-lamanya. Insya-Allah amanah dia ini saya akan jaga sebaiknya,” katanya.


Sabariah menambah, arwah anak yang baik dan paling banyak bersabar dengan kerenah saya ketika sakit.

“Abam suka bersedekah dan melakukan amal jariah untuk anak yatim. Dia akan sentiasa derma dan kalau tak sempat pun dia yang akan suruh saya hantar,” ujarnya dalam nada sebak.


Allahyarham Abam yang menjadi tonggak keluarga disahkan meninggal dunia jam 7.15 pagi semalam di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Jalan Gombak, Batu 10, Gombak.

Sumber: Harian Metro via https://ift.tt/2ByeaBO


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post