Dari Gengster Yakuza Bertatu, Kini Lelaki Ini Menjadi Imam Masjid Di Jepun


Hidayah Allah datang kepada sesiapa yang dikehendakinya melalui pelbagai cara. Seperti kisah seorang lelaki dari Jepun bernama Taki Takazawa. Siapa sangka, dia yang dahulunya seorang gengster yakuza dengan tubuh dipenuhi tatu, mendapat rahmat Allah dengan memeluk Islam dan menjadi imam di masjid.


Menyingkap semula kisah hidup, Takazawa mula mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Dia ketika itu melihat seseorang dengan kulit dan janggut berwarna putih. Malah, individu itu juga mengenakan pakaian dan serban yang berwarna putih.


”Orang itu kemudiannya memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat yang tertera bersama dia,” kata Takazawa.

Kalimat yang diucapkan Yakuza merupakan dua kalimah syahadah sekaligus dia memeluk Islam dan mengubah namanya menjadi Sheikh Abdullah Taqy Takazawa.

Setelah bergelar seorang mualaf, dia giat melakukan aktiviti dakwah di negaranya. Takazawa yang dulunya mempelajari pelbagai agama untuk mencari pegangan dalam hidup kini telah menemukan hidayah sebenar dengan Islam.


Pada 2008, dia mendapat undangan pemerintah Arab Saudi untuk melaksanakan haji sebelum melanjutkan pelajaran di sana.

Selepas menghabiskan pengajian agama Islam di Arab Saudi, Takazawa pulang ke negaranya dan diangkat menjadi Imam di sebuah masjid di daerah Kabukicho, Tokyo.


Nama Takazawa menjadi terkenal kerana usaha dakwahnya dan dia kini menjadi salah seorang di antara lima imam masjid besar di Jepun.

Ikuti kisah hidup Takazawa di sini:


Sumber: Ayojalanterus, Youtube via Siakapkeli.my


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post