Leher Mula Membengkak & Lebam, Aqila Disahkan Menghidap Kanser Darah. Perlu RM150 Ribu Untuk Rawatan


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan yang kini sedang diuji dengan keadaan anak yang masih kecil dan baru sahaja disahkan menghidap kanser Limfoma atau kanser darah.

Menurut Mimi dalam perkongsiannya di Facebook, anak perempuannya yang diberi nama Aqila Almeera, dimasukkan ke hospital pada 28 Januari yang lalu disebabkan ada jangkitan kuman dalam paru-paru.


Kena jangkitan kuman dalam paru-paru, Aqila ditahan di wad

Assalamualaikum sya ibu aqila almeera.


Anak saya terkena jangkitan kuman dalam paru paru skrng anak sya bergantung pernafasan oksigen yg level kuat. Saya mau tanya leher anak sya membengkak dan lebam. Anak saya dalam icu keadaan yg kritikal disebabkan leher membengkak lama lama jadi lebam seluruh leher dia. Pada awal nya anak saya duduk wad biasa 13 hari. Dan tiba2 semakin teruk terus masuk icu. Hari demi hari bawa leher anak sya membengkak dan lebam. Doktor sndiri tidak boleh kesan bengkak dan lebam tu dtg dari mana. Ada siapa2 perna lalui tak ? Lebam dan bengkak tu berapa lama akan hilang ?
Siapa perna alami leher anak jadi mcm ni ? Membengkak dan lebam


Pendarahan di leher, anak masuk ICU

Namun keadaan anaknya itu sedikitpun tidak menampakkan untuk sembuh malah semakin teruk dengan dengan leher yang membengkak, lebam dan mula mengeluarkan darah. Hal tersebut membuatkan Mimi agak gusar tambahan pula anaknya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Salam, Aqila pendarahan bahagian leher  sebab kekurangan darah kuning doktor selalu tambah darah kuning jugak. Makin hari makin bengkak lebam tu makin merebak kebawa risiko boleh kacau pernafasan aqila. Siapa yang perna lalui mcm ni berapa lama akan surut dan hilang ? Sebab apa sampai jadi mcm ni 

Aqila duduk wad 13 hari sebab jangkitan kuman dalam paru2 subuh tu aqila makin teruk dan terus masuk dlm icu. Saya tanya doktor aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning .

Hari2 masuk darah kuning tapi smpai skrng tiada perubahan. Siapa perna alami mcm ni berapa lama ambil masa untuk sembuh dari bengkak dan lebam.

Jangkitan kuman dalam paru2 aqila ada lagi.

Tu sebab aqila kekurangan darah kuning sebab virus tu


Anak disahkan menghidap kanser darah dan semakin kritikal, perlu RM150 ribu untuk rawatan 

Menerusi perkongsian terbaru Mimi di Facebook miliknya, dengan rasa rendah hati dia memohon doa dari semua untuk anaknya Aqila yang telah disahkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah.

Dalam perkongsiannya itu juga, dia turut memohon bantuan kepada yang sudi membantu keluarganya bagi membantu menampung kos rawatan kimoterapi dan rawatan susulan yang lain yang menelan belanja sebanyak RM150 ribu.

Assalaimualaikum Dengan ini saya rendah hati ingin meminta doa dari saudara saudari yg mengenali saya dan suami mahu pun yang tidak mengenali untuk doakan anak kesayangan kami Aqila almeera yang kini dirawat di ICU hospital tawau akibat kanser plymfoma kanser darah..

Setakat ini tiada ucapan yang saya dapat luahkan selain meminta pertolongan dari allah dan doa rakan2. Anak sya memerlukan kos sebanyak Rm150k untuk rawatan kimoterapi di hospital likas untuk rawatan selanjutnya… keadaan anak saya semakin hari semakin kritikal..dan perlukan rawatan segera🙏🏻

terima kasih Semoga ada keajaiban untuk anak saya yang belum ada perkembangan saat ini. Mohon doanya semua 🙏🏻 Amin ya rabbal Al-Amin 🤲🏻

Yang ingin memberi sumbangan seiklas hati boleh terus pm saya ibu kepada aqila almeera semoga dengan sumbangan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang anak kami alami 🙏🏻

Untuk sumbangan bole disumbangkan ke akaun 37251008012 Zulkifli irwansyah…
Hong Leong bank…

No HP ibu ( 0162485798 )


Keadaan Aqila juga dikatakan semakin hari semakin kritikal dan anak kecil itu memerlukan rawatan dengan kadar segera. Bagi yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan ikhlas ke akaun Hong Leong Bank bernombor 37251008012 atas nama Zulkifli irwansyah

Sumber: Mimi Minerva via https://ift.tt/2ByeaBO


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post