Hari ini hangat diperkatakan mengenai status di Insta Story oleh pemilik skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegur kemerosotan prestasi, Safawi Rasid yang dikatakan sedang hangat bercinta.
Tunku Ismail atau TMJ berkata prestasi Safawi merosot mendadak disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak mahu berkahwin tahun ini. Susulan itu, netizen ‘memetik’ nama pelakon Syifa Melvin yang sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan Safawi.
Tampil mempertahan diri, Syifa Melvin menafikan dirinya menjadi punca prestasi Safawi merudum malah tuduhan mengatakan dia mengambil kesempatan terhadap kekasihnya adalah tidak berasas sama sekali.
Tegasnya lagi, dia tidak pernah meminta satu sen pun wang daripada Safawi dan selama ini dia bekerja keras untuk untuk menampung kehidupannya sendiri. Ujarnya lagi, dia sama sekali tidak pernah memaksa Safawi untuk berkahwin.
“Saya bersusah payah cari duit sendiri, tidur tak cukup apatah lagi rehat hanya untuk nak biayai dan menampung berbelanjaan diri sendiri. Tak pernah sekali minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal Syifa macam mana.
“Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.
Syifat menjelaskan mengenai hal prestasi kekasihnya di atas padang tiada kena mengena dengan hal peribadi mereka. Katanya lagi, dia sering memberi sokongan kepada kekasihnya untuk beraksi dengan baik setiap kali perlawanan.
“Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.. Taktau pulak boleh jadi besar macam ni,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi Instagram, Safawi ada memuat naik status permohonan maaf di atas prestasinya yang semakin merosot dan akan cuba melakukan yang terbaik dalam perlawanan akan datang.
Sumber: Rotikaya
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget