Bukan seseorang yang jenis duduk diam, pelakon Shah Iskandar memilih untuk menghabiskan masa lapangnya dengan menjual buah-buahan di tepi jalan susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB)
Meskipun simpananya masih mencukupi malah turut menjalankan perniagaa tersebut secara online, namun pada Shah, peluang berniaga di tapak tidak akan dilepaskan olehnya apatah lagi dia rutin jadualnya yang masih kosong sementara menunggu aktiviti penggambaran yang akan kembali bermula minggu hadapan.
Bangga mempunyai kedai fizikal pertama
“Saya ada simpanan, boleh saja kalau saya nak relax di rumah tapi saya jenis yang tak boleh duduk diam.
“Di rumah pun saya cuba kemas barang-barang rumah, saya fikir kenapa tidak buat benda yang lebih berfaedah iaitu dengan berniaga,” katanya kepada mStar Online.
Dia yang menjual harum manis kemboja atau juga dipanggil mangga susu bangga mempunyai kedai fizikal pertama bersama rakannya, Rushdi di Bandar Menjalara, Kepong.
Malah mereka lebih selesa meniaga di gerai tersebut memandangkan permintaan pelanggan yang makin meningkat.
“Bila mula dapat peluang untuk meniaga mangga di sini saya jadi syok pula. Bermula dari online, dan orang makin nak (beli) jadi itulah saya bukak gerai” jelasnya lagi.
Tetap menjaga SOP
Namun menurut Shah, dalam kesibukan dia menjalankan perniagaan di tepi jalan, dia tetap mengambil langkah selamat dan berjaga-jaga demi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
via BuzzKini