Penularan wabak Covid-19 benar-benar menggerunkan seluruh masyarakat dunia. Berjuta yang sudah dijangkiti malahan angka korban juga sudah melebihi setengah juta manusia.
Namun tidak sampai setahun penemuan Covid-19, satu lagi virus baharu dilaporkan ditemui lagi dan pastinya lebih dahysat.
Virus pneumonia tidak dikenali di Kazakhstan
Virus ‘pneumonia tidak dikenali” itu ketika ini sudahpun menyerang negara jiran mereka Kazakhstan. Namun apa yang menakutkan orang ramai adalah angka kematiannya yang begitu tinggi iaitu 1,772 setakat 6 bulan pertama.
Kesemua kematian melibatkan radang paru-paru dan difahamkan separuh darinya berlaku pada bulan Jun, sekaligus membuktikan peningkatan kes secara mendadak
Tidak sampai beberapa minggu selepas penukaran jawatan Menteri Kesihatan
Kejadian ini berlaku beberapa minggu selepas Menteri Kesihatan Kazakhstan, Yelzhan Birtanov yang disahkan positif Covi-19 digantikan dengan timbalannya susulan peningkatan gelombang kedua wabak Covid-19 di negara tersebut.
Amaran yang dikeluarkan kedutaan besar China di Kazakhstan itu turut menyebut pasukan penyelidik mereka sedang melakukan kajian perbanding diantara kedua virus tersebut
Angka kematian lebih tinggi dari Covid-19
“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan China dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.
Memetik Awani yang memetik SCMP laporan dari media tempatan menyenaraikan beberapa wilayah disana yang terjejas teruk iaitu wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent dimana kesemuanya telah mencatatkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Ekoran dari trend jangkitan tersebut, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menasihatkan rakyat mereka dan orang ramai yang tinggal berdekatan di untuk berhati-hati bagi mengelakkan daripada penularan wabak terbaru ini.
Tambahnya, negara itu “sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia,” menurut agensi berita Rusia Tass.
via BuzzKini