Baru-baru ini masyarakat kita kecoh membincangkan mengenai isu rogol dan siapa yang menjadi puncanya. Bukan sahaja kalangan netizen malahan benda ini turut mendapat perhatian selebriti sehingga timbul salah faham di antara mereka
Malah seorang guru turut memuat naik kenyataan dimana jenayah rogol adalah salah wanita yang mengundang perlakuan itu di IG dan Youtube yang bagaimanapun telah dipadamkan dikecam hebat oleh netizen.
Terbaru pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama betunya Azman Syah Alias tampil menjelaskan wanita yang seksi bukan satu alasan untuk perogol melakukan jenayah rogol.
“Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah. Perempuan seksi bukan alasan untuk “halalkan” jenayah rogol.
“Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat. Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah,” jelas PU Azman dalam satu tweetnya .
Perkongsian tersebut jelas mendapat reaksi positif dari netizen dengan rata-rata menyokong kenyataan yang dibuat naiknya.
lelaki mmg kene tundukkan pandangan, wanita pun memainkan peranan untuk tutup aurat.But again, walau mcm mana seksi pon perempuan tu tkkn blh dijadikan alasan untuk rogol dia.
— qweena (@sqna6) July 5, 2020
Betul Cik Man, beza ketetapan dengan pilihan.
— BazLin (@Affin_ulya) July 5, 2020
via BuzzKini