Kreatif! Demi Kekal Penjarakan Sosial, Jepun Buka Rumah Hantu Pandu Lalu

Banyak industri yang terjejas susulan dari penularan wabak Covid-19, terutamanya industri pelancongan seperti perhotelan penerbangan dan taman hiburan.

Namun keadaan yang semakin pulih memberikan sinar baru selepas semua industri ini mula dibenarkan dibuka di kebanyakan negara yang sudah berjaya mengawal penularan virus maut tersebut.

Disebalik pembukaan industri-industri terutamanya taman hiburan seperti taman tema, terdapat beberapa jenis perniagaan yang dilihat tidak selamat lagi untuk dibuka kerana agak sukar untuk mematuhi SOP penjarakan sosial seperti rumah hantu

Namun rumah hantu di jepun berjaya mencipta kelainan dan alternatif baru dalam mejayakan pameran rumah hantu mereka tanpa sedikitpun mengurangkan elemen seram iaitu dengan mengadakan rumah hantu jenis drive thru

Secara ringkasnya engunjung akan duduk di dalam sebuah kereta. Kemudian, kereta tersebut akan mula bergerak di sekitar rumah hantu tersebut. Disitu mereka akan dikejutkan dengan kehadiran hantu-hantu dari luar kereta.


Sebenarnya cara ini lebih menyeramkan. Sebab pengunjung terkurung di dalam satu tempat dan mereka dah tak boleh lari ke mana-mana. Pengunjung hanya boleh menahan ketakutan dari dalam kereta tersebut sehinggalah ke penghujung rumah hantu.

mendapat idea ini selepas pembatalan pelbagai acara dan tempat termasuklah pameran rumah hantu.



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post