Antara alatan penjagaan ketrampilan diri wajib ada bagi setiap rumah adalah pengetip kuku. Malah tipulah kalau ada rumah yang tiada langsung pemotong kuku bukan?
Meskipun ianya penting dan sentiasa diperlukan, kebanyakan orang memilih untuk berkongsi alatan tersebut terutama bersama individu yang dikategorikan rapat seperti pasangan, keluarga mahupun rakan serumah.
Namun tahukah anda tabiat berkongsi pemotong kuku ini sebenarnya adalah satu tabiat yang bukan sahaja tidak sihat, malah membahayakan.
Sama seperti barangan seperti baju, tuala dan sebagainya, pengetip kuku juga tidak wajar dikongsi kerana boleh mengakibatkan jangkitan penyakit.
Ok, barangan lain kedengaran logik kerana ia berisiko memindahkan kuman yang berada pada permukaan kulit kita ke kulit orang lain, namun bagaimana pula dengan pengetip kuku? Apakah risikonya?
Berkongsi pengetip kuku menambahkan risiko anda dijangkiti penyakit yang boleh merebak melalui darah seperti Hepatitis C (HCV).
Bagaimanapa pula ianya terjadi?
Secara ringkasnya ia mungkin terjadi sekiranya bahagian kuku atau jari anda terluka sewaktu memotong kuku. Rongga atau bukaan pada kulit walaupun kecil namun mampu mengalirkan darah meninggikan peluang untuk dijangkiti penyakit tersebut.
Jadi, saranan kami hentikan berkongsi kuku dengan sesiapa sahaja. Tanamkan didalam diri anda ia adalah alatan peribadi yang tidak sesusi dikongsikan kepada orang lain.
via BuzzKini