Pakai Mask Pun Stylo, Ini Gaya Orang Zaman Dahulu Lindungi Diri Dari Spanish Flu

Penularan wabak Covid-19 benar-benar menggerunkan umat manusia. Justeru kebanyakan kerajaan di dunia mengalakkan rakyat mereka untuk mengenakan pelitup muka sebagai langkah melindungi diri dari wabak maut tersebut.

Berdepan dengan virus maut ini,ramai orang memilih menggunakan surgical face tiga lapisan memandangkan ianya lebih didapati dan dikatakan lebih selamat berbading topeng muka seperti n95 dan pelitup muka satu lapis.

Namun ada juga yang memilih menggunakan face shield seperti yang digunakan banyak pegawai kesihatan untuk lebih berjaga-jaga.

Namun pernahkah anda terfikir, bagaimanakah manusia pada zaman dahulu melindungi diri mereka sewaktu berdepan pandemik maut seperti Covid-19 ? Adakah mereka menggunakan mask sama seperti kita?

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Public Heatlh Malaysia (PHM) telah berkongsi beberapa keping foto zaman dahulu sewaktu masyarakat dunia sedang bergelut dengan Spanish Flu pada 1918 -1920 yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 50 juta manusia.

Jelas mereka juga sama seperti kita dengan mengenakan penutup muka. Namun yang menariknya, pelindung yang digunakan berbeza-beza dan ada yang kelihatan begitu unik.

Di bawah kami kongsikan kesemua foto tersebut untuk tatapan anda :

Malah mereka sanggup mengenakan apa sahaja demi menutup muka memandangkan banyak kerajaan pada ketika itu mewajibkan rakyat mereka untuk menutupi bahagian mulu tmereka.

Ramai yang kelihatan stylo bukan? Persoalannya.. yang mana yang paling berkesan?



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post