Isu Video Tular Rampas Jagung, MPS Dakwa Penguatkuasa Diprovok Warga Emas Berstatus PR, Bakal Buat Laporan Polis

Nampaknya isu video tular mengenai barangan niaga milik peniaga jagung yang dirampas anggota majlis perbandaran tempoh hari tidak terhenti disini.

Selepas anaknya tampil menjelaskan keadaan sebenar dari pihak bapanya dan kehadiran ustas Ebit Lew bertemu warga emas tersebut terbaru Majlis Perbandaran Selayang(MPS) pula membuka mulut menjelaskan keadaan.

Menerusi laporan Sinar Harian , Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, anggotanya sewaktu operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen pada jumaat lalu telah menerima provokasi dari seorang peniaga, yakni warga emas tersebut sehingga perang mulut tercetus di antara kedua belah pihak seperti yang tular di media sosial.

Posted by Aman Shah II on Tuesday, 14 July 2020

MPS sudah keluar tiga kompaun dan sitaaan

Sebelum ini menurutnya, pihak MPS sudahpun mengeluarkan tiga kompaun dan tiga sitaan ke atas peniaga terbabit malah sudah memberikan amaran namun peniaga terbabit tetap berdegil meneruskan perniagaan.

“Bagaimanapun anggota penguat kuasa MPS berdepan provokasi dari peniaga jagung tersebut semasa tindakan sitaan dilaksanakan.

“Peniaga tersebut yang merupakan pemegang kad pemastautin tetap (PR) gagal memberikan kerjasama hingga menimbulkan kekecohan semasa penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ISU VIDEO VIRAL KEKASARAN KE ATAS PENIAGA JAGUNG DI KAWASAN PASAR SELAYANG

* ISU VIDEO VIRAL KEKASARAN KE ATAS PENIAGA JAGUNG DI KAWASAN PASAR SELAYANG*Rakaman footage rakaman anggota penguatkuasa MPS ketika kejadian. Peniaga gagal memberikan kerjasama dan memprovokasi anggota yang sedang menjalankan tugas.Sebagai pemegang kad pemastautin tetap (PR) beliau tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan arahan kerajaan negeri Selangor.MPS komited untuk membenteras peniaga tanpa permit terutama peniaga warga asing di seluruh Selayang dan diharapkan masyarakat dapat memberi kerjasama atas usaha ini.#selayankusayang#perbandaranlestari

Posted by Majlis Perbandaran Selayang on Tuesday, 14 July 2020

Warga emas adalah pemegang kad PR justeru tidak layak mohon permit penjaja

“Sebagai pemegang kad pemastautin tetap (PR) peniaga tersebut tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN),” katanya.

Beliau berkata, MPS akan mengambil tindakan undang-undang termasuk laporan polis atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

“Selain itu, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dibuat ke atas individu yang membuat rakaman dan menyebarkan video berkenaan.

“Tindakan tersebut telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan menjejaskan nama baik MPS,” katanya lagi kepada Sinar Harian.






via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post