“Kita Tidak Hanya Mahu Tangkap Tapi.. ” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Transgender

Kecoh di media sosial beberapa hari ini isu transgender membabitkan beberapa selebriti yang dilihat ‘berani mati’ apabila terang-terangan berkongsi kehidupan privasi mereka di media sosial.

Ini menimbulkan kemarahan para pendakwah dan netizen yang menyifatkan mereka ini sudah melampaui batas dan seharusnya di ambil tindakan.

Tebaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri akhirnya membuka mulut mengulas mengenai isu tersebut yang dilihat semakin hangat diperkatakan .

Jelas Dr Zulkifli, beliau memberikan memberikan kuasa penuh kepada penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menjalankan tugas mereka

Namun beliau menekankan apa sahaja tindakan yang akan diambil haruslah mengikup SOP yang ditetapkan selain ianya bukan sekadar menjatuhkan hukuman (tangkapan) sebaliknya diselitkan dengan tarbiah agar mereka kembali ke landasan yang betul.


“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan,”

“Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.⁣

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” kata Dr Zulkifi menerusi satu positing di Instagram




via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post