“Sakinah Untung Dapat Suami Yang Baik” – Sharifah Shahira

Sejak semalam dunia hiburan kecoh selepas pelakon Sharifah Sakinah membuat pengakuan yang dia dan suaminya, juruterba Aliff Adha sudahpun bercerai

Malah menurut Sakinah mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai secara rasmi pada Mei lalu.

Terbaru kakak Sakinah, penyampai radio dan pelakon Sharif Shahirah yang ditemui Harian Metro berkata pihak keluarga kedua-dua belah sudah mencuba sehabis baik memberikan nasihat agar mereka kekal bersama namun pasangan ini sudah pun membuat keputusan

Mereka sudah buat keputusan sebelum berjumpa keluarga

Mengakui sedih dengan keputusan tersebut, namun Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira turut memaklumkan Aliff seorang suami yang baik sepanjang lima tahun bersama Sakinah.

“Kedua belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat tapi tak boleh paksa. Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu.

“Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami.

“Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh,” katanya kepada portal Harian Metro

Tidak tahu apa punca

Tambahnya dia sendiri tidak mengetahui apa punca penceraian mereka namun mendoakan yang terbaik buat adiknya dan Aliff mengenai soal jodoh mereka.

“Jangan tanya sebab apa cerai, sebab memang tidak tahu apa-apa. Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay.

“Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka,” katanya.



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post