Kunjungi Warga Emas Selepas Tular Video Jagungnya Dirampas Penguatkuasa, Netizen Hargai Usaha Ustaz Ebit

Sejak beberapa hari tular satu video yang memperlihatkan beberapa penguatkuasa merampak barangan niaga berupa jagung milik seorang warga emas yang sedang meniaga di tepi jalan di sebuah kawasan di ibu kota.

Meskipun butirannya dan puncanya tidak diketahui, namun perlakuan mereka yang sedikit agresif menimbul rasa tidak puas hati di kalangan netizen .

Posted by Aman Shah II on Tuesday, 14 July 2020

Tidak lama kemudian tampil seorang gadis di Facebook yang bernama Siti Nor Fadhilla membuat pengakuan warga emas didalam video tersebut merupakan ayahnya, yang mempunyai masalah penglihatan kronik namun terpaksa mencari rezeki demi menyara keluarganya.

Pernah mohon lesen namun tak berjaya

“Saya mengaku memang dia degil dan kami pernah membuat permohonan lesen dll tapi tak diluluskan mungkin atas faktor lokasi atau lain-lain .

“Tapi ayah saya tiada pilihan lain dan tempat lain dan dia hanya boleh menjual jagung dan disahkan menghadapi Retinitis Pigmentosa yang menganggu penglihatan ayah saya ” jelas gadis tersebut di Facebooknya

Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kasari tu. Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia…

Posted by Siti Norfadhilla on Saturday, 11 July 2020

Kisah tersebut membuatkan pengguna media sosial sebak lantas memaklumkan perkara tersebut kepada pendakwah dan aktivist terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Tanpa menunggu lama, Ustaz Ebit kemudian berkunjung ke kediaman peniaga terbabit dan berkongsi momen sewaktu beliau melawat warga emas itu di laman Facebooknya

Penglihatan rosak 90% , Nampak Bayang Sahaja

“Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang. Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang je. Muka semua dah tak boleh nampak. Kasihan rasanya”

Ustaz Ebit juga turut menghulurkan sedikit bantuan wang tunai sewaktu kunjungannya bersama keluarga pakcik tersebut. Pendakwah itu turut merayu pada pihak perbandaran untuk membantu pakcik tersebut.

Kita sebagai saudara tugas kita membantu mereka

“Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka.

Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang. Pakcik rabun 90 peratus…

Posted by Ebit Lew on Tuesday, 14 July 2020

Bahagia dapat jumpa Ustaz Ebit

Lebih mengharukan apabila kedatangan pendakwah itu menceriakan hari mereka. Jelas mereka juga amat meminati Ustaz Ebit malah sentiasa menonton ceramah-ceramahnya.

Perkongsian Ustaz Ebit nyata mengembirakan netizen selepas apa yang dilalui warga emas tersebut. Rata-rata berterima kasih kepada ustaz Ebit atas inisiatifnya menyantuni warga emas tersebut malah ramai turut mendoakan kemurahan rezeki untuk warga emas tersebut juga buat pendakwah kesayangan rakyat Malaysia itu.



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post