“Bila Sakit Datanglah Pada Doktor” – PU Syed Jemput Safiey Illias & Sajat Bersemuka

Sejak semalam tular kenyataan yang dimuat naik usahawan kosmetik Safiey Illias di laman Instagramnya dua hari lalu yang secara lantang menyatakan yang dia bersedia bersemuka dengan mana-mana pendakwah yang berhajat untuk membimbingnya.

Malah dia juga menyatakan lebih selesa untuk bersua muka daripada mendapat teguran dari surat terbuka yang dipaparkan seolah-olah para pendakwah ini lebih berminat  untuk meraih perhatian dan meraih pengikut di laman media sosial.

Terbaru pendakwah bebas, PU Syed Bakri menjemput Safiey Illias dan juga seorang lagi rakan usahawan, Sajat untuk tampil bersemuka dengan beliau . Beliau yang kini berada di Ipoh, Perak mengalu-alukan kedatangan mereka berdua.

Menerusi posting sama, PU Syed turut menasihatkan Safiey agar tidak membandingkannya dengan penceramah dan aktivis Ustaz Ebit Lew.

Menurutnya karakter beliau dan Ustaz Ebit Lew berbeza dimana ustaz Ebit lebih gemar menggunakan pendekatan yang lembut manakala beliau sebaliknya.

Tambah PU Syed lagi, dua sahabat baik Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar Al Khattab adalah contoh baik dimana kedua mereka mempunyai identiti diri dan kaedah dakwah masing-masing yang berbeza.

“Jangan samakan ambe dgn Ustaz Ebit, jika dia yg dtg secara lemah lembut pun, kamu dan best friend kamu masih tak insaf², biarlah yg agak garang ni nasihatkan kamu pula

“Zaman Nabi ada watak Saidina Abu Bakr dan ada watak Saidina Umar kedua2nya mempunyai identiti diri dan kaedah dakwah masing² dan keduanya adalah sahabat paling rapat di sisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

“Manakala urusan taufiq dan hidayah adalah milik Allah, kalian kerap sangat mempermainkan agama, dengan menyedari bahawa itu adalah Dosa” tulis PU Syed sebagai kapsyen.

Terdahulu menerusi satu perkongsian Instagram, PU Syed telah menegur tindakan Safiey yang dilihat seakan bertukar identiti kepada wanita wanita sedangkan dia sebelum itu sudah kembali ke fitrah asal.




via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post