Semoden mana pun anda, kami yakin pasi ramai dari anda bercaya kewujudan alam ghaib. Mesikipun ianya tidak sewenang-wenangnya dapat dilihat oleh manusia biasa namun semua itu tidak mustahil atas keizinan Maha Esa.
Namun buat pasangan ini, pengalaman mereka berdepan detik cemas diganggu ‘sesuatu’ sewaktu menjalani kuarantin 14 hari di sebuah hotel pasti akan diingati sampai bila-bila.
Menerusi Twitter, Syazwan Sanosi dan isterinya yang merupakan pasangan suami isteri yang mengajar di sebuah sekolah pedalaman di Kapit, Sarawak telah berkongsi kisah tersebut kepada orang ramai.
Jadi, memandangkan kami berdua ni guru sekolah pedalaman, kami diarahkan utk dikurantin dihotel. Senang nnt nk scan gelang, senang nk dirodok hidung 😆😝
— syazwan sanosi (@syazwansanosi) July 10, 2020
Menurut Syazwan, atas faktor keselamatan, kesemua guru yang berasal dari luar negeri Sarawak harus menjalani kuarantin 14 hari samada hotal atau pun di rumah sendiri sebelum dibenarkan kembali ke sekolah masing-masing.
Namun disebabkan faktor mereka yang menginap dan mengajar di sekolah yang agak jauh di pedalaman menyebabkan pasangan suami isteri ini diarahkan untuk menjalani kuarantin di sebuah hotel di pekan Sibu.
Mcm yg korang tahu, PKP ni, semua hotel takde penghuni. Lama gila la org tak duduk dkat hotel. Nk dijadikan cerita, kami guru2 dari semenanjung, Sabah n Labuan diarahkan stay kat sana 14 hari bermula dari tarikh touchdown.
— syazwan sanosi (@syazwansanosi) July 10, 2020
Sampailah hari ke-12
Semuanya berlalu seperti biasa menurut Syazwan sehinggalah hari ke-12 dimana bahu isterinya ditepuk sewaktu sedang berada di dalam tandas
Actually bini aku ni jenis kalau dia tkt, dia senyap tau haha. So siang hari ke 12 tu, dia p la mandi dkat bathtub sambil nk basuh baju. Aku ni jenis yg suka kacau dia kalau mandi. Tapi hari tu aku tak kacau pon wey sumpah… pic.twitter.com/YOuOHy7EaX
— syazwan sanosi (@syazwansanosi) July 10, 2020
Menurut Syazwan, insiden pertama tersebut berlaku di siang hari semasa isterinya sedang mandi sambil mencuci baju di dalam bilik air. Sedang khusyuk mencuci tiba-tiba bahunya ditepuk.
Menyangkakan Syazwan yang menganggunya mencuci, si isteri kemudian bergegas keluar bilik dan baru menyedari suaminya sedang lena tidur di atas katil.
Dia sendirian dalam toilet n tgh khusyuk basuh baju, bahu dia di tepuk. Dia tgk belakang, takde org. Dia ingat aku la duk kacau dia. Dia cepat-cepat basuh baju, terus keluar n tgk aku tgh lena atas katil…
— syazwan sanosi (@syazwansanosi) July 10, 2020
Terjumpa rambut panjang beruban
“Time ni aku tak ambik port lagi. Sampaila makan tgahari, aku dgn bini aku ni santai, bersila dkat dpan tv. Tiba2 bini aku cakap, eh rambut siapa beruban panjanggg nii.. “
“Aku masa ni dh tgk dia something haha. Sebab bini aku ni jenis jarang nk tegur2 tak tentu hala. Aku dh syak mcm ade benda tak kena. Aku ade tanya dia “knape syg?” Dia jawab “bukan sekarang”.
“Kami tak ambil tempat kau, kami tumpang je”
Merek kemudian meneruskan hari mereka sehinggalah selesai solat maghrib diikuti bacaan yasin.
Usai membaca surah tersebut, si isteri bercakap sendirian : Kami tak ambik tempat kau, kami tumpang je”
Then mlm tu, aku yg tak rasa bersalahnya, tidur lepas penat layan netflix 😆😆. Aku tak tau yg bini aku ninresah gelisah. Sampailah bangun subuh dalam jam 5 pagi(sarawak awal subuh) aku terkejut bunyi msg…
— syazwan sanosi (@syazwansanosi) July 10, 2020
Tidak mempedulikan isterinya, si suami kemudiannya terlelap selepas menonton rancangan di TV tanpa mengetahui keresahan isterinya. Dia hanya tersedar selepas perantinya berbunyi selepas menerima mesej yang dihantar isteri yang berada di sebelah.
Aku tengok fon, bini aku msg wey haha. Aku rasa cam lawak laa ape benda mesej laki sendiri even sebelah-sebelah. Aku buka, then baca msg bini aku : “Abang, sayang nampak orang tua muka buruk dekat penjuru bilik”..
Hari ke-13 pasang surah Quran dari pagi sampai ke lewat malam
Then hari ke 13 kami berlalu dgn surah2 Al-Quran dr senja sampai ke tgh malm. Then mlm sebelum checkout, bini aku pasang ruqyah sampaila pagi. Dia tidur lena, aku plak resah gelisah haha. Btw bini aku lepas dia p berubat hujung thn 2019, lama dh dia tak nmpk benda pelik2. pic.twitter.com/kApNxRoGoO
— syazwan sanosi (@syazwansanosi) July 10, 2020
“Jadi kesimpulan dia, saya anggap saya ‘benda’ tu sekadar nak munculkan diri sebab nak beritahu yang kami berdua sudah masuk kawasan dia.
“Mungkin dia tak suka kami solat, ngaji semua tempat dia,” ujarnya.
via BuzzKini