“Setahun Lebih Saya Pikul Tanggunjawab Sebagai Bapa, Saya Tak Halang Dia Tengok Anak Pun” – Lufya Omar

Meskpipun mahligai yang dibina hanya bertahan selama empat tahun setengah selepas bercerai talak satu pada jun lalu, pelakon Lufya Omar bagaimanapun menafikan dia menghalang bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dari bertemu anak mereka, Laana Haura.

Sebaliknya menurut Lufya, Hafiz itu yang tidak pernah datang menjenguk Haura yang kini dibawah jagaannya.

“Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu sebagai bapa. Saya tak halang dia untuk menjenguk anak, tapi dia tak datang pun,” katanya kepada Harian Metro

Lufya dalam masa sama turut meminta bekas suaminya untuk tidak berdolak dalik dalam hal membabitkan anak mereka

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 4 tahun sahaja sebelum pasangan ini mengesahkan sudab bercerai pada 17 Jun lalu

“Mengenai anak, jangan nak berdolak dalik. Allah Maha Melihat. Jadi lelaki dan jangan cakap tak serupa bikin. Kesian kepada anak kerana masa depan dia lebih penting,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Lufya dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana padanya perkara sebegini seharusnya dibincang bersama. Malah, turut meminta Hafiz tidak menggunakan dirinya untuk mengejar populariti

“Saya ambil pendekatan berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincangkan antara kami atau di mahkamah. Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamor. Awak adalah doktor dan bukannya artis. Jaga tatasusila sebagai doktor,” katanya.

Tambah bintang AF itu lagi, dia memiliki bukti yang kukuh mengenai apa yang berlaku dalam rumah tangga justeru semua itu bukan satu fitnah daripadanya. Dia bagaimanapun memilih untuk tidak menghebahkannya demi menjaga aib keluarga

“Saya dah cukup bersabar. Kalau dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab, tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tuduhan saya ini.

“Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh mengaibkan dirinya dan ahli keluarganya,” katanya.



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post