Tetap Optimis, Walau Catat 60,000 Kes Baru Setiap Hari Amerika Syarikat Buka Semula Disney World

Umum pasti mengetahui Amerika Syarikat merupakan negara yang paling terjejas teruk susulan penularan pandemik Covid-19 dengan mencatatkan keseluruhan 3.4 juta kes positif dan angka kematian sebanyak 137,000 orang.

Namun disebalik keadaan tersebut, Amerika Syarikat sudahpun membuka kembali taman tema Disney World mereka yang terletak di Orlando, Florida.

Difahamkan pembukaannya pada Sabtu lalu berserta SOP ketat dimana Disney mewajibkan semua pengunjung untuk menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu dan mewajibkan penggunaan pelitup muka selain mengamalkan penjarakan sosial.

Papan tanda yang diletakkan di kawasan parkir Disney World Foto : USA Today

Meskipun keputusan ini dilakukan demi ‘kelangsungan’ ekonomi selepas 4 bulan ditutup namun ianya agak mengejutkan masyarakat dunia memandangkan taman tema tersebut terletak di ‘kawasan merah’ .

Florida semalam sahaja sudah mencatatkan 15,000 kes baru , satu rekod tertinggi bukan sahaja di AS malahan tidak pernah dicapai mana-mana negara di dalam dunia.

Lebih merisaukan pengunjung Disney World Resort kebanyakannya adalah kanak-kanak dan juga mereka yang berkeluarga .

Namun ini sedikitpun tidak ‘menggoyangkan’ masyarakat di sana. Disney world bukan sahaja telah menarik perhatian pengunjung di hari pertama pembukaannya malahan tiket bagi sepanjang bulan Julai sudahpun habis terjual.

Selain itu laporan dari USA Today turut menyatakan pengunjung Disney World turut merasakan taman tema itu lebih selamat dari mana-mana tempat yang pernah mereka kunjunginya di musim Covid-19 disebabkan SOPnya yang ketat .

Pada kami, mungkin terlalu awal untuk menilai baik atau buruk pembukaan tersebut. Keputusan hanya dapat dilihat beberapa minggu akan datang.



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post