86 Tahun Bergelar Muzium & Kembali Menjadi Masjid, Ini Sejarah Ringkas Hagia Sophia Yang Patut Anda Tahu

Buat mereka yang pernah ke Turki atau mahir sejarah pasti mengenali monumen bersejarah Hagia Sophia atau nama lainnya Aya Sofya yang terletak di Istanbul.

Namun semenjak beberapa hari lalu, namanya menjadi sebutan selepas Makhamah Tinggi Turki memutuskan bangunan bersejarah tersebut akan dibuka semula menjadi sebuah masjid selepas hampir 86 tahun memegang status sebagai muzium.

Perkara tersebut yang diumumkan Presiden Turki Recep Tayyip Erdoga mendapat sorakan gembira dari ramai rakyat mereka namun mungkin dijangka menimbulkan ketegangan bersama negara jiran, Greece .

Membawa maksud ‘kebijaksanaan dari Tuhan’ didalam bahasa Yunani, Hagia Sophia telah dibina pada kurun ke -6  di antara 532 hingga 537 M sewaktu pemerintahan Byzantine di era dinasti Justinian I.

Ianya dibina selepas satu rusuhan besar yang telah menyebabkan 2 gereja terbesar di sana hancur dibakar.

Hagia Sophia yang merupakan salah satu keajaiban seni bina dunia hanya mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan dengan bantuan tenaga hampir 10,000 orang .Sepanjang tempoh tersebut namanya bertukar ganti diantaranya Anthemius of Tralles dan Isidorus of Miletus.

Namun sebelum bergelar masjid, Hagia Sophia merupakan sebuah gereja dan telah menjadi pusat Krisitian Ortodoks untuk beratus tahun lamanya.

Ia hanya bertukar menjadi masjid pada tahun 1453 sewaktu Uthmaniah menawan kota Istanbul yang dikenali sebagai Constantinople pada waktu itu

Semenjak dari itu Haqia Sophia menjadi rumah ibadah masyarakat islam dan bandar Constantinople berubah menjadi Istanbul.

Dalam masa sama arkitek-arkitek dari kerajaan Uthmaniah telah mengubah beberapa stuktur asalnya dan menutup segala simbol kristian yang terdapat pada bangunan tersebut sebelum turut menambah 4 menara tinggi disekeliling kubah tersebut.

Semenjak itu Hagia Sopia kekal sebagai rumah ibadah umat islam sehinggalah tahun 1935 di zaman pemerintahan Perdana Menteri Kamal Ataturk.

Kebangkitan Kerajaan Republik Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk di atas kejatuhan Empayah Uthmaniyah menyebabkan Masjid Aya Sofya bertukar statusnya kepada Muzium.

Semuanya atas desakan Kemal Ataturk yang mahukan Hagia Sophia menjadi pusat seni dan pusat ilmu yang memaparkan sejarah dan karya-karya lama dari Era Byzantine sehinggalah ke pemerintahan Uthmaniyah.

Tanggal 24 November 1934, Masjid Hagia Sophia berubah menjadi Muzium dan Kemal Ataturk di isytiharkan sebagai ‘Father Of Turks



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post