Pengajian tinggi adalah penting untuk menjamin masa depan yang cerah dan penuh dengan peluang pekerjaan. Namun begitu dunia akademik bukanlah untuk semua orang.
Ada segelintir golongan yang tidak begitu bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran dan terpaksa terus mencari pekerjaan selepas tamat sekolah.
Editor's Pick
Nikmati 4 faedah pada peranti HUAWEI baru. Muat turun aplikasi lebih cepat, mudah dan selamat!
Open New TabNamun ada juga yang lebih yakin dengan kemahiran mereka dan memutuskan untuk membina perniagaan sendiri, seperti yang dilakukan oleh seorang individu ini.
Lelaki bernama Anthony Trucco itu menulis di kapsyen videonya bahawa dia berhenti kolej untuk mengejar impiannya sebagai jurugambar kasut profesional. Namun dia juga mengakui ramai yang merasakan dia melakukan kesilapan dalam hidupnya kerana memilih kerjaya itu.
Ayo 😭😭😭 pic.twitter.com/8YibELINnQ
— Bria Celest (@55mmbae) August 1, 2020
Dalam video yang telah meraih 3 juta tontonan di Twitter, dia mempamerkan kemahirannya mengambil gambar dengan menggunakan prop seperti cermin dan bermain dengan air untuk menghasilkan kesan khas yang cantik. Lebih menarik perhatian, dia juga hanya menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar.
Walau bagaimanapun, apabila dia menunjukkan gambar yang telah diambil, hasilnya langsung tidak menyerupai fotografi profesional.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana dipermainkan oleh jurugambar kasut itu, dan ramai yang menyuruhnya kembali ke kolej.
“Aku betul2 harapkan gambar yang cantik…”
“Dia mainkan kita…”
“Pergi sambung belajar balik…”
“Ingatkan benda ni betul2 bawak untung…”
Sementara itu jom jenguk kisah-kisah menarik di bawah ini.
Pak Cik Ambilkan Gambar Guna Prop Daun Kering, Hasilnya Terbaik!
Gambar Bomba Selamatkan Kucing Atas Pokok Kelapa Bikin Berdekah
“Siapa salah… batu tu atau girlfriend?” Pemuda kongsi gambar kereta kemek
source: Berhenti Kolej Untuk Jadi Jurugambar Kasut, “Pergi Sambung Belajar Balik…”