Ingatkan Kedai Makan Rupa-Rupanya Rumah Orang!

Satu pengalaman dan perkongsian yang paling epik rasanya! Seorang lelaki yang singgah makan di sebuah rumah yang disangkakan gerai makan namun setelah selesai barulah dia menyedari gerai itu adalah rumah orang sebenarnya!

Kisah mengenai lelaki ini yang tersalah makan di rumah orang menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu. Menurut lelaki tersebut yang bernama Mohd Kharbi, kejadian tersebut tidak disengajakan dan berlaku di Kuala Berang.

huawei petal search main

Editor's Pick

Nikmati 4 faedah pada peranti HUAWEI baru. Muat turun aplikasi lebih cepat, mudah dan selamat!

Open New Tab
EeRFYxLUwAsHnfd

Kata Mohd Kharbi, pada waktu itu dia terlalu penat selepas mengayuh basikal lebih 70 kilometer dari Tasik Kenyir ke Kuala Berang. Ketika singgah di ‘gerai’ itu, susun aturnya dengan ruang makan terbuka lengkap bersama meja makan sama seperti gerai makan.

Semasa dia singgah di ‘gerai’ tersebut, ada seorang kanak-kanak dan wanita yang disangkakan pelanggan kedai makan itu. Melihatkan mereka makan nasi dagang jadi dia pun membuat pesanan menu yang sama.

“Ketika itu mereka pun tidak berkata apa-apa, tambahan saya pula jenis yang suka bercakap dan banyak bercerita dengan anak pemilik rumah itu.”

Tambahnya lagi dia mula rasa pelik apabila dihidangkan secawan teh tarik yang tidak dipesannya.

Foto sekadar hiasan / Kredit Foodpanda
Foto sekadar hiasan / Kredit Foodpanda

Selesai makan Mohd Kharbi mahu membuat bayaran dan dari situ barulah dia tersedar kedai makan itu adalah rumah orang sebenarnya.

Perkongsian Mohd Kharbi ini telah menjadi tular di sosial media dengan rata-ratanya terhibur dan ada yang memuji kebaikan mak cik yang melayan lelaki ini makan biarpun tidak mereka kenalinya.

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain. Ini antaranya:

Cuba Buat Video Temubual, Gelagat Dua Lelaki Ini Bikin Garu Kepala

Gelagat Wanita Main Bola Sepak Pakai Kain Pelikat, “Power Tul”

Tunjuk Cara Umpan Helang, Tapi Aksi Di Belakang Pula Curi Perhatian



source: Ingatkan Kedai Makan Rupa-Rupanya Rumah Orang!

Post a Comment

Previous Post Next Post