Jangan Letak Ubat Gigi Jika Anggota Badan Melecur, Ini Sepatutnya Anda Buat Untuk Kurangkan Kesan Melecur

Mungkin ramai yang pernah dengar dengan petua turun termurun ini bila aseseroang mengalami tangan melecur kan? Kalau tak sapu dengan tepung atau kicap, mesti lebih terkenal dengan sapu menggunakan ubat gigi. Kononnya, murajarab dan akan mengelakkan daripada berlaku gelombong.

Tetapi, itu semua karut dan ia memberi kesan buruk jika anda sapu menggunakan apa-apa bahan yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya.

Baru tahu, rupanya tidak boleh letak ubat gigi! Ubat gigi jika diletakkan di atas kulit yang melecur boleh menyebabkan haba terperangkap di dalam kulit. Ini menyebabkan kesan terbakar menjadi lebih teruk. Tidak cukup dengan itu, kulit boleh dijangkiti kuman dan akan melambatkan proses penyembuhan.

Alirkan dengan air paip ke atas luka selama 20 minit. Ianya membantu proses penyembuhan dan mengurangkan kesan komplikasi akibat melecur.

Ini gambar rajah yang menunjukkan perkara ‘boleh’ dan ‘tak boleh’ dilakukan jika seseorang mengalami melecur pada bahagian anggota badan.

Boleh buat untuk kurangkan kesan melecur;

  1. Jauh dari api
  2. Alirkan air selama 20 minit
  3. Balut dengan kain bersih
  4. Berjumpa dengan doktor

Tak boleh dan mungkin memudaratkan kesan melecur;

  1. Letak mentega
  2. Letak ubat gigi
  3. Pecahkan gelembung

Sumber: Public Health Malaysia

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

The post Jangan Letak Ubat Gigi Jika Anggota Badan Melecur, Ini Sepatutnya Anda Buat Untuk Kurangkan Kesan Melecur appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post