Setia seorang isteri, 16 Tahun Keluar Mencari Rezeki Sambil Jaga Suami Yang Iumpuh.

SEJAK 16 tahun lalu, ke mana sahaja dia keluar mencari rezeki, pasti ditemani suami yang terbaring di kerusi roda.

Sudah bertahun Noor Aklima Husin, 41, menjual buah di tepi jalan dan setiap kali itulah suaminya, Mohd Zuri Ab Shapar@Ab Satar, 38, yang lumpvh dari leher ke bawah akibat kec3deraan saraf tunjang sejak 2004 setia menemaninya.

Jika sebelum ini wanita yang menetap di Jalan Kvbur, Tanah Merah, itu hanya menjual buah yang diambil daripada pemborong, tapi kini dengan sokongan suaminya, dia mencuba menanam sendiri tanaman nanas di Kampung Bukit Gading.

Sudah hampir tiga minggu suami isteri itu berpan4s mengusahakan tanaman nanas di tanah milik seorang rakan, namun bagi Noor Aklima ia bukan sesuatu yang sukar asalkan suaminya berada di depan mata.

Dia berkata, selain tidak sanggup meninggalkan suami berseorangan di rumah disebabkan tiada yang menguruskannya, kehadiran Mohd Zuri yang tahu selok-belok mengenai penanaman nanas sangat membantunya untuk menguruskan 50,000 pohon nanas jenis madu kaca yang baharu ditanamnya.

“Dalam keadaan terbaring di kerusi roda, suami akan memberi tunjuk ajar apa yang perlu saya lakukan bermula dari peringkat awal penanaman lagi kerana saya langsung tiada ilmu dalam bidang pertanian.

“Setiap hari bermula pagi sehingga petang kami akan berada di kebun ini dan sama-sama memantau proses penanaman nanas dan boleh dikatakan kami saling melengkapi kerana saya ada kudrat untuk bekerja manakala suami pula walaupun tidak berdaya tapi dia ada ilmu (penanaman nanas),” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

MOHD Zuri memerhatikan isterinya, Noor Aklima menanam nanas. FOTO Siti Rohana Idris

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, setiap hari dia akan mengusung suaminya dengan berkerusi roda ke dalam sebuah pikap yang dipinjamkan oleh rakan untuk ke ladang nanas.

Dia berkata, boleh dikatakan Mohd Zuri sentiasa akan dibawanya ke mana sahaja kerana bimbang jika ditinggalkan di rumah, akan berlaku perkara yang tidak diingini kerana suaminya kerap diser4ng saw4n dan ses4k nafas.

Menurutnya, menguruskan Mohd Zuri tidaklah sukar walau pada pandangan orang ramai mungkin agak penat baginya untuk menolak kerusi roda yang sudah semakin uzvr ke sana sini sambil membawa beg air k3ncing yang tersangkut di sisi.

“Bagi saya, suami langsung tidak dianggap beban malah saya masih membayangkan dia normal seperti dahulu kerana walaupun berada di atas kerusi roda, dia tetap cuba sedaya upaya memainkan peranan sebagai ketua keluarga dan tidak membiarkan saya berseorangan.

“Menguruskannya pun tidaklah sukar walaupun makan perlu disuap dan memakai lampin pakai buang kerana ada kalanya saya dibantu dua anak yang berusia 13 dan 17 tahun,” katanya.

NOOR Aklima memberi air minuman kepada suaminya, Mohd Zuri. FOTO Siti Rohana Idris

Bagi Mohd Zuri sendiri, dia cuba untuk mencari rezeki bersama isterinya dengan cara tersendiri sama ada mengeluarkan idea untuk menjalankan perniagaan, menghubungi kenalan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan atau menjadi pemudah cara segala urusan yang dijalankan isterinya.

“Sebelum lvmpuh akibat terj4tuh kerana tergelincir ketika membaiki bot rakan 16 tahun lalu, saya membuat bermacam kerja untuk menyara hidup kami empat beranak dan boleh dikatakan mempunyai beberapa kemahiran.

“Apabila diuji dengan keadaan sebegini, saya cuba juga untuk memainkan peranan sebagai ketua keluarga tanpa membiarkan isteri berseorangan membanting tulang dan tidak menjadikan sakit saya ini sebagai beb4n kepadanya,” katanya yang menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

VIDEO :

The post Setia seorang isteri, 16 Tahun Keluar Mencari Rezeki Sambil Jaga Suami Yang Iumpuh. appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post