(Video) Ngeri, Doktor Keluarkan Ular Dari Mulut Wanita, Dakwa Dimasuki Ketika Sedang Tidur

Sekumpulan doktor berjaya menarik keluar seekor ular sepanjang 1.2 meter daripada badan seorang wanita di Levashi, Rusia melalui kerongkong, semalam.

Melalui laporan tempatan, ular itu didakwa masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur di laman rumahnya di perkampungan Levashi di Dagestan, Rusia.

Wanita itu telah dihantar ke hospital setelah menunjukkan tanda tidak sihat dan doktor telah memberikannya ubat bius.

Satu klip video menunjukkan dua doktor telah menarik keluar ular itu dari kerongkong wanita itu, selepas menggunakan satu alatan untuk membantu proses mengeluarkan ular tersebut.

Seorang doktor wanita sangat terkejut ketika melihat seekor ular yang panjang 1.2meter keluar daripada mulut pesakitnya, begitu juga dengan kakitangan hospital.

Maklumat pesakit dan jenis ular itu masih belum didedahkan setakat ini.

Sumber: news.com.au

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

The post (Video) Ngeri, Doktor Keluarkan Ular Dari Mulut Wanita, Dakwa Dimasuki Ketika Sedang Tidur appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post