Cara Semak Status Permohonan Dan Maklumat Bayaran BPN 2.0


BPN 2.0 atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah tambahan bantuan kewangan dalam pakej “KITA PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya kepada individu dan juga perniagaan yang terjejas pendapatannya ketika wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Bantuan BPN 2.0 atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 melibatkan suntikan dana tambahan RM7 Bilion dengan sasaran 10.6 Juta Penerima seluruh Malaysia.

Berikut Adalah Jumlah Bayaran Tambahan BPN 2.0 Mengikut Isi Rumah Masing-Masing:

  1. Pertama RM1000 Kepada 3.7 juta isi rumah B40
  2. Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 Bujang
  3. Ketiga RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  4. Keempat RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 Bujang

Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Fasa 1

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021


Terbaru! dari Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul, tarikh bayaran BPN 2.0 fasa 1 akan mula dibuat secara berperingkat mulai 26 Oktober 2020 (Isnin)

Katanya lagi, untuk penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020. Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia, manakala penerima pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, BPN 2.0 akan dibayar sekaligus bermula bulan Januari 2021 dengan bayaran tunai dibuat di lokasi-lokasi yang bakal diumumkan kelak

Menteri kewangan juga mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan BPN 2.0 ini. Penerima disarankan untuk merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali – Tengku Zafrul

Kenyataan Media Menteri Kewangan Malaysia




Cara Semak BPN 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my kelak.

Contoh semakan status BPN 2.0 yang diluluskan


Permohonan baru BPN 2.0


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post