Rizalman Dilantik Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, dilantik sebagai Ahli Lembaga Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa 9 Oktober lalu.

Pelantikan Rizalman, 49, dikongsi oleh UiTM menerusi laman Facebook rasmi universiti itu.

Rizalman turut berkongsi berita berkenaan di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian sebuah video dan kenyataan ringkas, beliau berjanji akan berkhidmat selagi bakat dan kudrat diperlukan.

"Saya berjanji selagi hayat dikandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.. saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kudrat," catatnya.

Anak jati Pulau Pinang itu adalah alumni UiTM dalam bidang seni lukis dan seni reka (fesyen).

Sementara itu, pelantikan pereka fesyen itu mendapat maklum balas dan komen positif netizen apabila ruangan komen di Instagram miliknya dipenuhi ucapan tahniah.

Sumber: Berita Harian



sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post