Polis Berkas Suspek Utama Larikan Diri

M Update, 27/10/2020 – Suspek utama kes pengubahan wang haram yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum melarikan diri pada 11 Oktober lalu, berjaya diberkas di sebuah pusat peranginan di Pahang, awal pagi tadi.

Alvin ditahan pada jam 1.20 pagi bersama wanita warga asing dipercayai kekasihnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di luar Lembah Klang. Pihaknya percaya Alvin sebelum ini sering berpindah dari satu ke satu lokasi lain bagi mengelakkan dirinya dikesan pihak polis.

Suspek yang juga koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China ditahan selepas pihaknya menjalankan risikan bagi mengesannya sejak 12 Oktober lalu. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed

Sumber: BH Online

The post Polis Berkas Suspek Utama Larikan Diri appeared first on M-Update.



source : M-Update

Post a Comment

Previous Post Next Post