M Update, 27/10/2020 – Surat kebenaran yang dikeluarkan majikan itu adalah bagi membolehkan pekerja yang tidak bekerja di rumah melepasi sekatan jalan raya dan pelepasan untuk keluar bekerja. Beliau mengulas terdapat dakwaan terdapat segelintir individu yang telah menggunakan surat kebenaran bekerja daripada majikan untuk keluar bersiar-siar di hujung minggu. – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pekerja yang menyalahgunakan surat kebenaran bekerja bagi tujuan lain termasuk untuk bercuti di hujung minggu selain bekerja. Oleh itu, pihak polis boleh mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu berkenaan.
Pihak polis turut bersetuju mewujudkan laluan khas kepada mereka yang mempunyai kad pekerja atau surat kebenaran majikan, malah bagi kenderaan pengangkutan yang membawa produk perkilangan bagi memudahkan pekerja keluar bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk juga untuk anggota barisan hadapan.
The post Salah Guna Surat Kebenaran Kerja, Boleh Diambil Tindakan appeared first on M-Update.
source : M-Update