Tiga zon kuning di Kelantan

Selepas Jeli dan Machang, hari ini Kota Bharu pula diisytiharkan sebagai zon kuning pandemik koronavirus (Covid-19).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, terdapat dua kes terbaharu Covid-19 di negeri ini pada hari ini.

“Ia membabitkan kes ke-185 (Mukim Kubang Gadong, Pasir Mas) iaitu kes saringan risiko luar negeri (Selangor) dan kedua pula kes ke-186 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu) merupakan saringan ‘suspected case’ (kes tempatan),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pula memaklumkan tiada kes sembuh dan discaj dilaporkan di negeri ini hari ini.

Selain itu, menurut kenyataan itu, satu kes (kes 179) dari Mukim Labok Machang telah tamat tempoh 14 hari.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Masyarakat juga dinasihatkan supaya elak berada di kawasan yang sesak, sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat,” kata kenyataan tersebut.

Join Telegram

Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.

Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.

Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.

The post Tiga zon kuning di Kelantan appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post