13 Foto Rumah Mewah Abitabh Bachchan Dengan Gaya Moden Klasik.

Bagi peminat filem Bollywood, nama Abitabh Bachchan memang sudah tidak asing lagi. Pelakon lagenda yang berbakat ini telah membintangi banyak filem dan juga telah memenangi banyak anugerah. Walaupun pada usianya sekarang , dia masih tetap aktif dalam industri perfileman Bollywood.

Amitabh Bachchan memulakan kerjayanya dalam dunia seni hiburan sejak dari tahun 1969 lagi. Selebriti yang dilahirkan Pada 11 Oktober 1942 ini hanya bermula sebagai pencerita dalam sebuah filem yang berjudul “Bhuvan Shome’ (1969). Sejak itu, kerjayanya dalam dunia hiburan India semakin terbuka luas. Tidak hanya berhenti di situ, Amitabh Bachchan juga cuba melebarkan sayapnya ke dalam dunia politik di India. Tetapi setelah tiga tahun berpolitik, dia akhirnya mengundurkan diri.

Kejayaaan yang telah dicapai oleh Amitabh Bachchan memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Betapa suksesnya selebriti ini sehingga mampu memiliki kediaman mewah yang didiami bersama keluarganya yang tercinta. Jom kita tengok!

1. Inilah masa dimana Amitabh Bachchan menyambut peminat-peminatnya. Tengok betapa luasnya kediaman Amitabh Bachchan.

via Ig

 2. Ini adalah sebahagian dari ruang halaman rumahnya. Sangat cantik dan kelihatan sangat luas. Lebih indah lagi dengan tanah yang ditumbuhi rumput hijau yang segar. Terdapat juga tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam pasu sebagai hiasan. 

via Pinkvilla
via matamata.com

3. Ruang kerja yang sangat ‘cozy’. Dinding bilik yang ditutupi dengan panel kayu. Rak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku. Bilik ini juga dilengkapi dengan meja tinggi yang digunakan oleh Amitabh Bachchan untuk bekerja di komputer riba sambil berdiri. 

via indiatvnews

4. Ruang garaj yang luas yang boleh menempatkan beberapa buah kereta. Tidak hairanlah Amitabh Bachchan memiliki banyak kereta di rumahnya, ini menunjukkan dia adalah orang yang sangat berjaya!

via rajnikantv

5. Ruang tamu atau ruang keluarga yang kelihatan begitu mewah. Lantai yang dihiasi dengan karpet tebal yang indah. Terdapat juga sofa kelabu yang memberikan nuansa moden. 

via Ig

6. Ruang perpustakaan, selain buku, terdapat juga banyak gambar-gambar yang digantung di dinding sebagai kenangan. 

via woodville

7. Ruang rehat yang sangat selesa di rumah pelakon senior ini. Luas dan tersusun rapi.

via brillio.net

8. Ruang bilik tidur Amitabh Bachchan, unik, selesa dan sangat menarik. Nampak mewah mengalahkan bilik tidur hotel. 

va brilio.net

9. Wow! Bilik mandi di rumahnya juga nampak cukup mewah. 

via 99.co

10. Ruang ibadah keluarga

via saharasamay.com

11. Ruang untuk meraikan perayaan atau acara bersama anak, menantu dan cucunya. Ruang ini kelihatan begitu luas, ditambah pula dengan pintu-pintu kaca. 

 

via Brilio.Net
via IDN times

12. Ruang makan dimana dia dan isterinya selalu menikm4ti makanan dan berbual bersama. Menggunakan meja kayu yang bersaiz sederhana dengan gaya moden yang sangat minimalis. Banyak menyimpan kenangan bersama isterinya disini. 

via grid.Id

13. Inilah pandangan kediaman mewah Amitabh Bachchan dari luar rumahnya. Cantik sangat!

via Brilio.Net

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Times Of India, Amitabh Bachchan juga memiliki 12 kenderaan yang merangkumi tga Mercedes, satu Rolls Royce, satu Porsche dan juga Range Rover. Dia juga memiliki Tata Nano dan traktor. Dia bukan sahaja memiliki harta tanah di banyak tempat di India, tetapi juga harta tanah kediaman seluas 3175 meter persegi di Brignogan Plage, Perancis.

Kediamannya bukan sahaja dihuni oleh Amitabh Bachchan dan juga mantan isterinya bahkan juga Abishek Bachchan dan Aishywarya Rai juga tinggal bersamanya. Itulah kejayaan yang dikecapi atas usaha titik peluhnya selama dia bergelar anak seni. Cantik bukan?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://murai.my/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post