“Janji Dia Selesa Pergi Kerja” Lelaki Tak Kisah Naik Motor, Beri Isteri Guna Kereta

Selepas mendirikan rumah tangga, sudah menjadi tanggungjawab suami bagi menyediakan keperluan tertentu untuk isteri. Kadang kala, mereka sanggup melalui ‘kesusahan’ asalkan pasangan bahagia.

Situasi seperti itu dilakukan seorang guru, Aizat Alias yang meluahkan rasa syukur apabila tidak kisah ‘mengorbankan’ kereta kesayangan untuk kegunaan isterinya yang dikenali sebagai Asmah.

Menurut lelaki berusia 29 tahun itu, dia sanggup menunggang motosikal mered4h cuaca hujan dan panas asalkan isterinya yang juga seorang jurur4wat pergi serta pulang dari tempat kerja dengan selamat dan selesa.

“Demi keselesaan isteri ke tempat kerja, suami pergi kerja naik motosikal pun takpe,” tulis guru yang mengajar di Kolej Vokasional Kota Tinggi, Johor itu menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok.

Berdasarkan video berdurasi 16 saat tersebut, Aizat merakam ketibaan isterinya yang memandu kereta jenis Honda berwarna ‘dark grey’ itu sehingga mengundang perhatian dalam kalangan netizen.

Menerusi ruangan komen, ramai memuji pengorbanan lelaki berkenaan selain mendoakan agar dia dimurahkan rezeki sekali gus berpeluang bagi membeli sebuah lagi kereta.

Video:

@aizataliass

Isteriku syg #love #fyp #family #civic #honda

♬ original sound – AizatAliass – AizatAliass

Meskipun terdapat segelintir individu ‘bitter’ melihat video tersebut, namun bapa kepada seorang cahaya mata itu tetap mengambil dari sudut positif seolah-olah menyifatkan perkongsian itu sekadar luahan syukur sebagai suami.

Alahai, kongsi benda baik pun ada yang tak puas hati. Susah juga kalau semua benda nak kec4m! Tak salah doa baik-baik je, semoga kembali kepada kita.

Sumber : TikTok @aizataliass

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/3D8qypA



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post