KPDNHEP Minta Pelanggan Tak Puas Hati Kailan Ikan Masin RM18 Buat Aduan

Sejak semalam, tular sekeping resit memaparkan harga lauk bagi menu ikan jenahak yang dijual dengan harga RM90, kailan ikan masin, RM18, sayur campur, RM9, serta ulam dan sambal, RM5. Menerusi kiraan, pelanggan tersebut dipercayai perlu membayar sebanyak RM122 bagi hidangan yang dipilih.

Harga yang dikenakan disifatkan sebagai ‘keterlaluan’ membangkitkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya dan restoran tersebut dipercayai beroperasi di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang meminta supaya pelanggan tersebut tampil membuat aduan rasmi berikutan harga menu ikan masin yang dijual pada harga RM18. Ujar jurucakap KPDNHEP, pihaknya memerlukan kerjasama daripada individu berkenaan dan tindakan lanjut dapat diambil.

Kita sudah ambil maklum dengan hantaran tular ini dan kini kita sedang menjalankan sias4tan untuk mendapatkan nama premis itu.

Mengulas lebih lanjut, invididu berkenaan dikatakan terkejut dengan harga yang dikenakan namun, reda walaupun terpaksa membayarnya dengan harga yang agak mahal.

Kita sedia maklum barangan mentah naik harga la ni. Harga jenahak, sayur campur, ulam dan sambal takpalah kita terima dengan reda.

Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk seorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macam mana. Reda.

Sumber: Harian Metro & Penang Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post