Miliki D4rah Paling Rare, Wanita Malaysia Ini Antara 43 Orang Di Dunia Mempunyai Kumpulan D4rah Rhnull

Umum mengetahui terdapat beberapa kumpulan utama d4rah iaitu d4rah jenis A, B, AB dan O. Ianya ditentukan oleh genetik yang kita warisi daripada ibu bapa.

Namun, tahukah anda ada sebuah kumpulan d4rah yang jarang ditemui di dunia yang dikenali sebagai Rhnull dan setakat ini, hanya ada 43 orang sahaja di seluruh dunia yang memiliki d4rah tersebut?

Memetik perkongsian daripada Facebook Derma Darah Terengganu Kite baru-baru ini, di Malaysia pula, hanya ada seorang sahaja rakyat kita yang mempunyai darah jenis itu.

Dalam perkongsian itu, difahamkan, d4rah yang didermakan oleh wanita dengan d4rah Rhnull itu akan disejuk bekukan dan disimpan dalam peti nitrogen selama 10 tahun setelah dihantar ke Pusat D4rah Negara.

Darah tersebut akan dicairkan semula nanti pada masa hadapan jika ada sesiapa yang turut memiliki d4rah jenis itu memerlukannya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya dan beranggapan bahawa kalau di Malaysia ni hanya ada seorang je individu dengan d4rah ni, d4rah yang diderma tu nanti mungkin tak akan digunakan.

Ha, tanggapan korang tu salah sebenarnya. Walaupun mungkin tak ada individu lain yang perlukan d4rah itu, ia tetap berguna sebab d4rah Rhnull itu mungkin diperlukan oleh penderma itu sendiri suatu hari nanti.

Kiranya, wanita ini akan dapat d4rah yang didermakannya sendiri jika berlaku kes kecem4san terhadap dirinya.

Jika korang nak faham dengan lebih lanjut tentang d4rah Rhnull yang turut dikenali sebagai d4rah emas ini, boleh baca perkongsian netizen-netizen lain di thread Twitter berikut.

Selain itu, rancangan drama bersiri popular Grey’s Anatomy juga pernah mengisahkan tentang seorang pes4kit yang memiliki kumpulan d4rah rare seperti ini. Boleh tonton drama ini pada episod 24, musim ke 15.

Difahamkan juga, individu dengan jenis d4rah yang jarang ditemui ini memiliki d4rah tersebut kerana berlakunya mutasi gen.

Unik dan hebatnya ciptaan tuhan kan.  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post