“Ada Yang DM Hantar Gambar Nasi Basi Sebab Tunggu Yang Sponsor Datang…” – Achey

Isu mengenai d4kwaan barang bantuan ‘disorok’ atau tidak diagihkan dengan betul antara yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Antaranya m4ngsa banjir tidak dibenarkan mengambil barang sumbangan di tempat pengagihan termasuk di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Ada juga yang mend4kwa, barang sumbangan ‘diperam’ petugas termasuk menahannya sehingga VIP tiba ke kawasan tersebut, untuk tujuan mengambil gambar dan pengagihan.

Pelawak dan penyanyi Achey antara yang menerima aduan seumpama itu daripada mangsa banjir.

Menurut Achey mereka mend4kwa takut untuk mengambil sumbangan kerana bimbang dimarahi. “Ada tempat-tempat agihan bantuan ni dia bukan dipolitikkan tetapi tidak tahulah bagaimana sistem pengagihan tu.

“Ramai yang DM saya nak pergi ambil barang takut. Ada yang hantar video di DM nasi tu dah basi sebab nak tunggu kononnya sponsor sampai nak ambil gambar penyerahan dan sebagainya,” katanya.

Melihat kepada situasi tersebut, Achey turut memberikan pandangannya. “Bagi saya kalau melibatkan barang-barang bantuan ni buat masa sekarang, barang sampai bagi jangan tunggu-tunggu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Dalam pada itu Achey turut memohon maaf sekiranya salah mengeluarkan kenyataan. “Saya salah saya mintak maaf, mungkin ada sebab jadi begitu dan mungkin tak ada sebab langsung atau sebab yang tak munasabah.

“Sampai bagi bukan sampai simpan. Saya tak kata simpan tu salah tapi kalau ada yang perlukan, dan barang tu ada so bagi je.. Ni bukan stock kedai runcit nak tahan-tahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Iesya_Toh 2 (@iesyatoh2)

“Yang datang tu nak ambik bantuan bukan nak shopping…Sekali lagi kalau saya salah saya mohon maaf siap-siap,”

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan NGO mend4kwa barangan sumbangan mereka tidak diagihkan dengan betul kepada penduduk yang terjejas.

Komen Netizen:

Mereka turut mend4kwa lambakan barangan berlaku di PPS kerana pintu dikunci dan barang tidak diserahkan kepada m4ngsa yang datang meminta barang keperluan.

Menurut kumpulan tersebut, petugas hanya mengagihkan barangan tersebut kepada m4ngsa yang di tempatkan di PPS sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

 



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post