“Dah lah comel, genius pulaktu!”- [VIDEO] Ramai ‘Impress’ Lihat Gelagat Si Kecil Ini Teka Bendera Negara

Pernah dengar tak, kanak-kanak sejak usia muda lagi sangat mudah ‘absorb’ apa sahaja yang mereka lihat atau dengari. Kalau dari kecil lagi mereka dah dipupuk untuk mempelajari sesuatu perkara, lagi cepat proses pembelajaran itu berlaku.

Lebih-lebih lagi perkara yang mereka minat dan dilihat atau didengar setiap hari. Seperti yang dikongsikan oleh si ibu ini di laman TikToknya, terlihat anak lelakinya sangat bijak dalam meneka bendera negara di seluruh dunia.

Menurut @zalycazahid, ibu kepada kanak-kanak lelaki comel bernama Ayyash ini, video anaknya yang berdurasi 1 minit 9 saat itu telah memperlihat anaknya meneka 11 buah negara yang ada sebahagian daripadanya jarang dikenali oleh orang dewasa sekalipun!

Kata si ibu, kebijaksanaan Ayyash dalam meneka bendera ini disebabkan dia telah lama meminati bendera-bendera bukan sahaja bendera negara di seluruh dunia, tetapi dia juga mengenali semua bendera negeri-negeri di Malaysia.

Video:

@zalycazahid

Flags around the world 🌎

♬ Lalala – Y2K & bbno$

Jika dilihat di ruangan komen, ramai yang memberi reaksi terpegun dengan kebolehan Ayyash ini meneka kesemua nama bendera tersebut dengan tepat walaupun sebutannya masih sedikit pelat. Kalau diikutkan, ada je negara-negara yang kita sebagai orang dewasa ni pun tak ‘familiar’ tapi Ayyash ni boleh teka. Bijak betul!

Sebelum ini, tular juga berita tentang hero kecil yang berjaya selamatkan ibunya dengan menelefon bahagian kecem4san selepas belajar daripada menonton kartun Robocar Poli.

Komen Netizen:

Jadi, minat anak-anak serta pendidikan mereka seharusnya dipupuk sejak mereka masih berada di rumah lagi supaya mereka dapat membentuk kemahiran yang tidak akan mereka pelajari di sekolah nanti.

Min confirm mesti Ayyash bila dah besar nanti bijak dan mudah je terima ilmu yang dipelajari. InshaAllah…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post