“Remvknya H4ti..” Tiada Jodoh, Suara Suami L4faz Cer4i 0nline Buat Ramai Seb4k

Bagi kaum wanita, lafaz cer4i ketika alam perkahwinan menjadi perkara ‘ngeri’ untuk didengari selepas rumah tangga gagal menemui jalan penyelesaian terbaik.

Bagaimanapun, seorang wanita ini reda menghadapi situasi tersebut apabila suaminya melafazkan cer4i tal4k satu secara dalam talian selepas setahun mendirikan rumah tangga.

“Allah adalah sebaik-baik perancang. Empat tahun bercinta, setahun perkahwinan,” tulisnya menerusi satu video dikongsi di aplikasi TikTok miliknya @azieysabell semalam.

Menerusi video tersebut, pemilik nama Nur Aziah itu dilihat hadir ke sesi pencer4ian dalam talian yang berlangsung di Mahk4mah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Video:

@azieysabell

Allah is the best planner 🎈 4y relay 1y marriage #ceraionline

♬ suara asli – Ziell Ferdian – Ziell Ferdian

Mengenakan jubah dan selendang berwarna hitam, wanita berusia 22 tahun berkenaan duduk dengan tenang di dalam sebuah pejabat di mahkamah tersebut sebelum mendengar suara suaminya melafazkan cer4i.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih lebih 233,000 tontonan itu menerima hampir 1,000 komen netizen yang meluahkan rasa sebak dan meruntun jiwa selepas mendengar lafaz berkenaan.

Malah, rata-rata juga berharap Nur Aziah terus sabar dan percaya dengan takdir Allah SWT selain mendoakan agar dia bertemu jodoh terbaik di masa akan datang.

Sumber: TikTok @azieysabell

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/3D8qypA



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post