Pemandangan depan pintu lif asrama, ‘komplot’ rakan-rakan baru kenal 2 bulan buat pemuda ini makan sambil menangis

ULANG tahun kelahiran ke-22 pelajar ini cukup bermakna apabila ia diraikan oleh rakan-rakan di asrama pada Rabu lalu.

Menurut pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur, Muhammad Hazri Husaini Mohd Bakri, dia tidak pernah mengimpikan kejutan sebegitu, malah ia disifatkan sebagai sambutan yang cukup luar biasa.

Dalam satu rakaman tular, pelajar bidang Industri Halal itu dikejutkan dengan nyanyian dan ucapan hari lahir sejurus keluar dari lif asramanya.

Lebih terharu, sekitar 30 orang pelajar turut membuat jamuan ringkas di laluan antara bilik di asrama tersebut yang mana ia meninggalkan memori mendalam buat dirinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya baru saja masuk belajar di sini pada 10 Oktober lepas. Saya tak sangka mereka akan buat kejutan. Saya memang sorok tarikh hari lahir. Tak tahu macam mana mereka tahu mengenai hari lahir saya.

“Ketika hari kejadian, kawan ajak saya turun ke bawah asrama. Keluar lif, tengok dah ada ramai kawan. Saya rasa sangat seb4k, saya terkejut sebab langsung tak jangka mereka akan sambut hari lahir saya.

“Lebih kurang 30 kawan buat makan-makan, mereka letak alas plastik di laluan antara dorm untuk jamuan makan ringkas. Kami makan mi segera dan ayam goreng. Tengah makan pun saya sebak, mengalir air mata sampai habis makan,” ujarnya.

hazri2

Sebahagian rakan baharu pelajar itu.

Mesra disapa Hazri, pelajar dari Temerloh, Pahang itu turut menzahirkan penghargaan buat rakan-rakannya atas sambutan penuh bermakna itu.

Kata Hazri, biarpun baru sahaja mengenali antara satu sama lain, layanan yang diberikan membuatkan dia terharu sehingga menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.

Kalau ada kawan yang ke arah keburukan, jangan tinggalkan dia, sebaliknya tarik dia ke arah yang lebih baik.

HAZRI

“Biasanya kita sambut hari lahir dengan keluarga saja. Tak pernah jangka akan sambut macam ni. Kali pertama rasa vibe macam ni di asrama. Padahal baru dua bulan kenal.

“Saya anggap mereka orang yang hebat. Malam tu saya tak boleh nak bagi ucapan sebab masih blur. Tapi di kesempatan ini, saya nak ucap terima kasih atas kejutan tempoh hari.

“Saya sangat hargai, sudah tentu saya tak mampu nak balas kebaikan mereka, cuma saya harap persahabatan ini kekal sampai bila-bila,” ujarnya.

hazri4

Hazri terkejut menerima kejutan daripada rakan-rakannya.

Mengenai dirinya, anak keempat daripada lima beradik itu mengakui dia sebenarnya sudah terbiasa hidup di asrama, namun fasa dilalui kali ini sedikit berbeza,

“Saya duduk di asrama sejak tingkatan satu. Cuma kali ini berbeza negeri dengan keluarga. Banyak pengalaman sepanjang duduk asrama.

“Pesanan saya kepada yang baru nak duduk asrama, paling penting kena cari kawan yang tepat, sebab mereka akan memberi pengaruh terhadap gaya hidup kita.

“Kena cari kawan yang baik. Kalau ada kawan yang ke arah keburukan, jangan tinggalkan dia, sebaliknya tarik dia ke arah yang lebih baik.

hazri3

Hazri bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang baik.

“Selain itu, kita juga kena buat baik dengan orang sekeliling. Jangan ada musuh, jangan buat orang tak suka dengan kita,” ujarnya lagi.

Setakat ini, video kejutan hari lahir Hazri meraih lebih 42,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Selain ucapan hari lahir, ramai netizen turut meninggalkan komen mengenai semangat persahabatan pelajar-pelajar tersebut.

Mengakhiri bicara, Hazri berkata dia terkejut dengan penularan itu dan berterima kasih atas ucapan positif yang ditinggalkan netizen untuk dia dan rakan-rakannya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post