PENGANTIN perempuan mana tidak mahu kelihatan anggun di majlis persandingan.
Sepasang kasut tumit tinggi sudah semestinya!
Namun bagi seorang wanita, dia tetap sempoi bersanding memakai kasut sneakers putih.
Bercakap kepada mStar, pengantin perempuan, Roslidawati Suleiman berkata, dia dan suami melangsungkan majlis persandingan pada 18 Disember lalu.
Lebih mesra disapa Tye, dia mengakui tidak berminat untuk memakai kasut tumit tinggi pada majlis perkahwinannya di Tanjung Piandang di Kerian, Perak.
View this post on Instagram
“Saya bukan setakat tak pandai pakai high heels, mana-mana kasut perempuan yang bertumit pun saya tak berminat. Gaya saya lebih kepada sneakers terutama jenama Converse.
“Sampaikan ada rakan-rakan tanya macam mana saya nak kahwin nanti, masih nak pakai sneakers ke? Ada yang offer pinjamkan high heels,” katanya ketika dihubungi.
Tye (kanan) dan suami pada majlis pernikahan.
Tye yang berusia 36 tahun bagaimanapun gembira apabila hasratnya untuk terus memakai Converse putih pada majlis persandingan mendapat persetujuan suami.
“Suami okay je saya pakai sneakers sebab memang tahu stail saya macam ni sejak kenal. Malah, kami berdua dah rancang untuk sama-sama pakai Converse pada hari persandingan.
“Tapi suami tersalah faham, dia ingatkan bawa kasut Converse untuk standby. Jadi, masa berarak ke pelamin dia pakai kasut kulit dulu, sampai di pelamin baru tukar kepada Converse,” ujarnya yang berasal dari Tanjung Piandang.
Mempunyai koleksi kira-kira 10 pasang kasut Converse, kata Tye, dia mengakui tidak pernah memakai mana-mana kasut perempuan dalam sebarang acara atau majlis.
Pasangan pengantin selesa berkasut sneakers.
“Pergi tempat kerja pun saya pakai Converse. Saya bukannya ‘gegirl’. Apa yang saya pakai lebih kepada keselesaan dan menepati jiwa saya.
“Tak boleh bayangkan macam mana kalau saya pakai high heels naik pelamin. Takut sangat kalau terjatuh atau tergelincir,” katanya yang bernikah pada 17 Disember lalu.
Tak boleh bayangkan macam mana kalau saya pakai high heels naik pelamin. Takut sangat kalau terjatuh atau tergelincir
ROSLIDAWATI SULEIMAN
Dalam pada itu, Tye bersyukur apabila hari perkahwinannya berjalan lancar meskipun hujan di sebelah pagi.
“Saya tahu orang kata nanti cepat kotor. Tapi saya lebih senang, kalau kotor cuci saja daripada tergelincir nak mengikut orang lain pakai high heels.
“Senang berjalan, memudahkan pergerakan dan kaki pun tak sakit bila berjalan jauh. Saya memang suka berjalan. Kalau tak pakai sneakers, saya pakai selipar atau kasut tapak flat,” tambahnya.
Aksi santai dalam sesi fotografi outdoor.
Tye yang mengusahakan bisnes produk kecantikan secara dalam talian menyedari penampilannya berkasut sneakers menjadi bualan segelintir tetamu di majlis perkahwinannya.
“Ada makcik-makcik cakap-cakap dan tegur saya di majlis, katanya tak elok pakai kasut macam tu (sneakers) masa sanding.
“Saya hanya tersenyum sebab mak dan suami okay je saya pakai sneakers. Lebih baik saya fikirkan keselesaan daripada terjatuh kat pelamin sebab pakai high heels,” katanya.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral