Tetap Bersanding , pengantin redha duduk atas pelamin dikelilingi air

Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Malaysia membuatkan banyak perancangan yang telah diatur tergendala. Pastinya majlis-majlis perkahwinan di kawasan tersebut tldak dapat dilakukan kerana air naik begitu mendadak.

Ada juga yang terpksa bersanding dalam banjir memandangkan air bah sudah masuk ke dalam rumah.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna tlkTok dikenali sebagai Syikin Asri apabila memuat naik momen pasangan pengantin yang terpksa bersanding dipelamin yang bergenang dengan air.

Dapat dilihat pasangan tersebut yang sedondon berbaju putih terpksa meredah air banjir untuk duduk di pelaminan selepas menyelesaikan akad nikah.

Tetamu juga tldak kelihatan dan jamuan hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja walaupun kanopi majlis sudah siap terpasang.

Dalam pada itu, ada juga yang khuatir pengantin merosakan baju pernikahan disebabkan berendam di dalam air banjir terlalu lama. Namun, menerusi penjelasan daripada Syikin Asri, dia memaklumkan yang baju tersebut merupakan baju persendirian pengantin dan bukannya disewa.

Video:

@asyikonnnnnnnnnn

Wedding of the year 💞💞

♬ suara asli – Zerz`SoftBoy🤺 – ZERZ SOFTBOY🤺

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan TlkTok pengguna itu.

Kebanyakkan mereka berasa simpati dengan nasib pasangan pengantin berkenaan dan ada juga yang berseloroh dengan mengatakan kondisi ini pasti akan kekal terpahat menjadi cerita untuk masa hadapan kelak.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Tiktok/https://ift.tt/30Ht7lh



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post