Tak hanya minuman, siap belanja tumbler lebih RM3,000… Nabil Ahmad Nabil

BAIK sungguh hati pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad yang tidak lokek mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM3,000 untuk membeli minuman dan bekas tumbler di kafe Starbucks buat rakan-rakan sekerjanya di radio Era.

Dalam sebuah video yang dikongsi di Instagram, Nabil bersama beberapa rakan lain dilihat singgah ke kafe popular berkenaan ketika dalam perjalanan bersempena program Touera 2022 di Kedah Darul Aman.

Nabil

Menerusi ruang komen video tersebut, ramai mendoakan agar Nabil terus dilimpahkan rezeki yang bermanfaat di masa akan datang.

“Semoga Nabil sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

Nabil gembira dapat bersedekah pada hari Jumaat.

“Alhamdulillah Nabil bersedekah di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga tempat anda tertinggi suatu hari nanti.

“Dia percaya pada rezeki Allah, Insya-Allah akan semakin bertambah,” komen netizen.

Menerusi video berkenaan, Nabil pada awalnya mahu membayar untuk minuman yang ditempah, namun rakan-rakan lain memintanya untuk belanja bekas minuman Starbucks yang ada di antaranya berharga lebih daripada RM100.

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan oleh Nabil untuk rakan-rakan yang menyertai program jelajah itu sebanyak RM3560.

Menjawab pertanyaan rakan penyampai iaitu Radin, Nabil meluahakan rasa gembira kerana dapat mengambil keberkatan hari Jumaat untuk berkongsi rezeki.

“Gembiralah. Ini hari Jumaat, hari paling berkat, Inilah masanya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/Uq6JVwG



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post