Bawa Bekal & Teman Suami Makan Dalam Lori, Tindakan Isteri Cantik Ni Raih Pujian Warganet!

Orang tua-tua dulu selalu pesan, nak jaga suami jaga perutnya dulu. Sibuk macam mana pun, kena ada masa untuk sediakan hidangan untuk suami dapat merasa air tangan isteri.

Berkongsi kisah berkenaan menyediakan hidangan untuk suami ini, seorang isteri iaitu Fatiha Mazlan  menyedari suaminya sibuk dengan kerja-kerja di luar untuk penghantaran barang hingga kadang-kadang tiada masa untuk dapat makan bersama.

Ekoran itu dia telah mengambil keputusan untuk memberi bekal kepada suaminya agar menikm4ti hidangan tengah hari dengan menu yang disediakannya.

Apa yang menariknya, Fatiha Mazlan berpakat dengan suaminya untuk bertemu di suatu lokasi dan memberikan hidangan untuk dinikm4ti oleh suami tercinta. Meskipun hanya makan di dalam kenderaan sahaja, namun momen tersebut cukup sweet dan mencvri tumpuan warganet.

Bekal Suami, Makan Dalam Lori

Menerusi rakaman video tersebut  yang dikongsikan di TikTok, dapat dilihat betapa teruja si suami melihat kelibat isteri dengan membawa bekal di tangan. Apabila dibuka bekas tersebut, tiga hidangan yang menjadi kegemaran suami disediakan oleh isterinya, iaitu sotong masak cili padi, masak lemak labu, ayam goreng serta ulam timun.

Video:

@fatihamazlan1997

Walaupon ssh nak makan tengahari sekali. Kita bawakkan dia makan. Love You Bae💕

♬ Si Gendut – Agus Gobang

Jelas terpancar kebahagiaan di wajah suami yang dapat merasai keenakan hidangan yang disediakan oleh isteri tercinta. Berkali-kali si suami ini memuji isterinya dan sekali gus jelas dilihat betapa cerianya si isteri bila suami menghargai setiap apa yang dilakukannya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini.

Komen Netizen:

Sumber : TikTok @fatihamazlan1997

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/kD0ibZL



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post