Kongsi video tengah lipat kain, peminat ajak Hafreez Adam kahwin

GARA-GARA berkongsi dirinya sedang melipat pakaian, pelakon Hafreez Adam mended4hkan dia menerima lamaran daripada salah seorang pengikut wanita di Instagram.

Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 32, berkata, mesej seperti itu membuatkan dia jarang berkongsi hal peribadi di media sosial sebelum ini.

Katanya, disebabkan itu juga dia lebih selesa berkongsi mengenai perjalanan karier berbanding peribadi kepada umum.

Hafreez ded4h punca dirinya jarang kongsi hal peribadi.

“Sebab itu Abe (bahasakan dirinya) tak selalu sangat update benda peribadi. Selalu post pasal kerja sahaja. Tapi bila post pasal kerja banyak pun orang berbunyi juga.

“Ini bila kongsi kehidupan luar kerja, macam ini pula jadinya,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Hafreez menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Hafreez turut memuat naik tangkap layar mesej pengikut yang membalas Instastory miliknya dengan mengajak pelakon berkenaan berkahwin.

“Dah tak fasal-fasal orang ajak kahwin. Nak terima ke tak ni,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meminta agar Hafreez menerima lamaran tersebut.

Hafreez terima lamaran dari peminat.

Malah, mereka juga ternanti-nanti majlis perkahwinan aktor berkenaan.

“Mantap! Terima jelah. Nanti boleh cerita dekat wartawan “dia lamar saya dulu”.

“Kami tak sabar nak tengok Abe kahwin ini. Kalau dah jodoh apa salahnya,” kata netizen.

Sebelum ini, Hafreez juga ada berkongsi tangkap layar mesej seorang wanita yang meluahkan perasaan terhadapnya di TikTok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/DbkSaeZ



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post