Siapa boleh tahan bila kena berjauhan dari orang yang tersayang kan? Lebih-lebih lagi orang itu d4rah daging kita. Kalau sehari tak jumpa pun dah terasa, apatah lagi makan masa dua minggu!
Itulah yang dipamerkan oleh ikatan anak dan ayah antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan anaknya, Jebat Jayden yang erat berpelvkan seusai anak kesayangannya itu pulang dari umrah.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Sharnaaz melalui satu perkongsiannya di Instagram baru-baru ini yang kelihatan Jayden begitu manja berada dalam dakapan seolah-olah terubat rindunya untuk bertemu bapanya.
“Above All.. My Love Jebat Jayden,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ada seorang pengguna TikTok memuat naik video bahawa dia ternampak Sharnaaz yang dilihat menjemput anak tunggalnya di lapangan terbang yang baru sahaja tiba dari Tanah Suci ketika itu. Dalam video tersebut, jelas kelihatan Sharnaaz mendukung anak sulungnya itu ibarat melepas rindu sekian lama tidak berjumpa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Sharnaaz dan menggelarkannya bapa mithali. Malah, ada yang mengakui sifat baik Sharnaaz ini patut dijadikan contoh pada yang lain.
Komen Netizen:
Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad, Tiktok @nazilihazirah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/2faJLuU
Sumber: Sinar Viral