Gadis cantik kutip botol terpakai raih perhatian, kadang-kadang kerja angkat gas

DEMI membantu menyara keluarganya, seorang gadis cantik tidak malu untuk mengutip botol dan plastik untuk dijual.

Tidak seperti pengutip botol biasa yang sering memakai pakaian kotor, gadis ini memakai pakaian bersih sehingga menarik perhatian ramai.

Dikenali sebagai Tia, dia berasal dari Garut, Jawa Barat, Indonesia.

tia2

Ramai kagum dengan semangat dan kematangannya kerana mengutamakan keluarga sedangkan rakan sebayanya masih menikmati keriangan zaman remaja.

Jika tidak bersekolah, Tia menghabiskan masanya untuk mengumpul botol atau plastik, menurut perkongsian @hary_creator di TikTok.

Menerusi satu video tular Tia dilihat mengenakan jaket putih kuning yang sudah kotor dan topi pink.

Dia nampak malu-malu apabila dirinya dirakam. Difahamkan, bapa Tia bekerja sebagai penjaga parkir.

Setiap hari dia akan membawa troli pink untuk diletakkan botol dan juga plastik sebelum dijual.

Video:

@hary_creator

tar kita lanjut liat rumah neng tia ya temen”#fyptiktokindonesia🇮🇩#pemulungcantik#fyptiktokviralシ🔥💯🖤#tiktokfypage

♬ Cahaya Hati (Nurul Qolbi) – Opick

Tia yang sinonim dengan topi pink meraih perhatian netizen menerusi TikTok.

“Cari duit dan nasi,” katanya saat ditanya alasannya menjadi pengutip botol.

Tia juga adakalanya menjadi tukang angkat gas dengan bayaran 20,000 rupiah (RM5.80) untuk 10 hari.

Menariknya, dia memiliki wajah yang cantik dan dirasakan sesuai menjadi artis atau selebriti.

Senyumannya sangat manis. Justeru tidak hairanlah video Tia viral di TikTok dan setakat ini terdapat kira-kira enam videonya yang dimuat naik di akaun @hary_creator dan semuanya viral.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/6sJH1ql



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post