Anak perempuan kepada pengasas produk kecantikan Tya Ariffin iaitu Azzahra Jiwa sering menjadi perhatian ramai dengan kecomelan serta kepetahannya bercakap.
Meskipun baru berusia tiga tahun, Azzahra atau mesra dipanggil Ara sudah pandai mengira dan mengenal huruf.
Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian terbaru Tya mengenai anak perempuannya sedang mengajar sepupu – sepupunya.
Dengan suara yang lantang, Ara sabar mengajar mereka berdua huruf dan nombor serta dalam bahasa Mandarin.
Salah seorangnya adalah anak kepada pelakon Izara Aishah iaitu Alaia yang kini berusia dua tahun, turut serta bermain bersama.
“Ara ada buat part time cikgu, cikgu alpahabet, cikgu maths and mandarin. Setakat ni dah ada 2 student, Alayna Alaia,” kongsi Tya.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur serta memuji kepandaian Ara yang tekun mengajar sepupunya.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/KhLE9t7
Sumber: Sinar Viral