‘Arwah suka buat orang ceria, bila tiada orang menangis’ – Rakan Mael

MUAR: Bulan Syawal menyaksikan industri seni dan muzik meratapi kehilangan insan seni yang banyak menabur jasa.

Kehilangan tiada galang ganti, namun, sumbangan terhadap industri seni tetap dikenang sampai bila-bila.

Berita pemergian Allahyarham Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim begitu merobek hati dan meninggalkan kesan mendalam hingga ditangisi segenap penjuru.

Rakan juga pemain gitar kumpulan Generasi, Omar Adon, 40, antara paling terkesan atas pemergian insan yang kerap mengiringi persembahan arwah Mael sejak 20 tahun lalu.

“Teringatkan arwah Mael pastinya saya mengalirkan air mata,” luah Omar kepada BH Online.

Meskipun arwah lebih berusia, Omar berkata, dia sering menghormati anak muda, selain sering memberikan kata nasihat dalam bidang muzik dan dakwah agama.

“Bila teringat, saya menangis, namun, tetap cuba bertahan. Ini kerana tidak elok jika saya menangis di depan jenazahnya.

“Saya perlukan kekuatan atas kehilangan arwah secara tiba-tiba.

“Jujurnya, tak mudah dan pastinya mengambil masa. Bayangkan, saya dan arwah susah senang bersama sejak 20 tahun lalu.

“Kami orang seni, hanya insan seni yang memahaminya. Itulah perkara yang membuat saya terkenang, pahit manis dilalui bersama,” katanya.

Omar berkata, jika diikutkan sudah hilang semangat meneruskan pesanan arwah. Namun, kembali bersemangat berkat sokongan peminat dan rakan arwah.

Jenazah Allahyarham Mael selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, jam 11.10 pagi ini. - NSTP/Ahmad Ismail

Jenazah Allahyarham Mael selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, jam 11.10 pagi ini. – NSTP/Ahmad Ismail

Katanya, masih jelas vokal arwah dan kata-kata nasihatnya agar kehidupan diteruskan kerana Allah sentiasa ada untuk mengadu nasib.

“Siapa sangka saya mendapat sokongan peminat arwah, jadi memangkin semula semangat untuk terus mengusahakannya.

“Bila melihat peminat memakai t-shirt ‘tribute kepada abang Mael’, saya menangis.

“Mereka beri kata semangat dan meminta saya jangan tutup bunyi gitar. Mereka mahu terus sokong dan jika berdepan masalah, cari mereka.

“Saya akui, ramai peminat dari satu Malaysia datang. Arwah suka buat orang ceria, jadi bila tiada, orang menangis.

“Mereka yang datang bukannya pernah berjumpa dengan arwah. Saya lebih terharu dan merasakan arwah sentiasa ada di sini,” katanya.

Justeru itu, Omar berharap, ada generasi dan pewaris dapat menyambung legasi arwah dalam bidang nyanyian bagi memberi inspirasi pada peminat.

Kata Omar, harap sangat ada pewaris bersemangat meneruskan kerja peninggalan arwah.

“Saya agak kerap menemani arwah Mael ketika mengadakan persembahan, kali terakhir di Expo Pulau Pinang pada penghujung tahun lalu.

“Saya cukup faham rentak muzik dan keinginan arwah, jadi saya sering menemaninya. Arwah agak pendiam, namun saya tahu apa yang ada dalam kepalanya.

“Jadi, saya berdiri di sebelah mengiringi arwah seperti bersama abang kandung saya. Kami tidak perlu banyak bercakap kerana saya menghormati arwah.

Omar juga menyifatkan arwah Mael adalah seniman yang menyimpan segala-galanya dalam kepala dan tidak terlalu banyak bersembang.

“Bila melihat semula rakaman persembahan dalam telefon bimbit dan mendengarnya, hilang rasa rindu,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, akibat sesak nafas, kira-kira jam 8.41 malam tadi.

Jenazah Allahyarham Mael selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, jam 11.10 pagi ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/oqTxOvY



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post