Bayi perempuan baru lahir ditemui di belakang kenderaan

KENINGAU: Seorang bayi perempuan sempurna sifat dipercayai baru dilahirkan, ditemui di belakang kenderaan pacuan empat roda di Kampung Susulat, Sook, di sini, Selasa lalu.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam di dalam plastik merah, pada jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.41 petang, memaklumkan seorang bayi ditemui di kampung berkenaan.

Katanya, bayi itu masih bertali pusat dan ditemui di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda Mazda.

“Pengadu kemudian membawa bayi itu masuk ke dalam rumah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Sook untuk mendapatkan rawatan.

“Bayi berkenaan dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ho di talian 014-6304299,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/lbzI2w1



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post