Hanya dengan sekali lafaz, pelawak dan pelakon, Jiggy Masin selamat bergelar suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri, Jumaat lalu.
Kenal ketika shooting
Jelas Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 33, dia dan isteri tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan mereka, sebaliknya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi berita gembira itu.
Tambah pelawak itu, majlis mereka hanya dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi suami kepada Dhabitah pada Jumaat. Majlis akad nikah kami diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga seramai 150 sahaja.
Kami tak ada niat pun nak sorok apa-apa, cuma nak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah.
Saya nak minta maaf kepada rakan media sebab sebelum ini saya tak respon soalan mengenai kami sebab seperti yang saya katakan, nak jaga janji dan amanah keluarga.
Mengimbas kembali detik pertemuan mereka, Jiggy memberitahu dia mula berkawan dengan atlet berusia 23 tahun itu ketika menjalani pengambaran bersama.
Saya dan Dhabitah dah kenal lebih kurang setahun lebih juga la. Mula-mula kami berkawan saja sebab jumpa masa sesi fotografi sama-sama.
Kemudian kebetulan ada shooting program sama-sama. Jadi, dari situ macam rapat tapi memang tak ada plan nak kahwin ke waktu itu. Tapi, Alhamdulillah jodoh kami.
Dhabitah ke China
Sementara itu, Jiggy berkata mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun masih mencari tarikh yang sesuai memandangkan Dhabitah agak sibuk menjalani latihan dan akan berangkat ke China selama sebulan.
Majlis buat dekat rumah Dhabitah. InsyaAllah resepsi ada tapi masih dalam perbincangan sebab dua-dua sibuk dan Dhabitah pun ada big competition coming including olympic, asian games.
Dia kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, InsyaAllah saya update untuk jemput kawan-kawan media.
Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral